IIUM Repository

Selisih dengan santun

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2022) Selisih dengan santun. Utusan Malaysia. p. 26.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

“Saya pun pening dengan perbalahan orang agama di Malaysia yang saya ikuti melalui media sosial. Kadangkala saya mahu ikut campur dan buat komentar panas dalam media sosial seperti facebook, tapi saya risau tulisan saya akan dipertanggungjawab di akhirat kelak. Susah nanti saya di hadapan Allah kelak. Lalu saya diam sahaja.” Nampaknya Eddy Ooi ini lebih menghayati Sunnah Rasulullah SAW agar diam atau berkata baik sahaja dalam bicara sama ada bicara lisan atau bicara maya. Kisahnya setelah sekian lama bersahabat melalui atas talian, akhirnya pada 19 Jun 2022 lepas saya dapat bertemu beliau secara fizikal di Kota Bharu. Siapa Eddy? Beliau adalah Cina kelahiran Kedah yang memeluk Islam di Jepun pada tahun 2018. Dia memeluk Islam di tangan Zulkarnain, pendakwah Malaysia di Jepun yang juga pengurus Japan Da’wah Centre of Osaka sebuah Bangunan Dakwah yang NGO kami kendalikan dari Malaysia. Saya sudah berkunjung ke Osaka Jepun sebanyak tiga kali atas urusan dakwah tapi belum sempat bertemu Eddy yang tinggal jauh di Tokyo. Aneh sekali aturan Allah, kenal di atas talian namun akhirnya bertemu muka di Kota Bharu ketika saya pulang atas urusan keluarga. Demikianlah juga anehnya pintu hidayah yang Eddy temui. Lahir di Kedah, melanjutkan pelajaran ke Jepun dan memeluk Islam di sana. ...

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/98707
Uncontrolled Keywords: hubungan keagamaan, Muslim relationship
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 06 Jul 2022 14:37
Last Modified: 06 Jul 2022 14:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98707

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year