IIUM Repository

Fahaman sesat dan menyeleweng di media sosial: ancaman dan cabaran

Jalil, Abdullah and Wahab, Muhammad Rashidi and El-Muhammady, Ahmad (2022) Fahaman sesat dan menyeleweng di media sosial: ancaman dan cabaran. In: Jenayah Siber di Malaysia: Impak Leluasa Internet. Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM), Putrajaya, Malaysia, pp. 143-158. ISBN 9789672609827

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (8MB) | Request a copy

Abstract

Sejarah kemunculan ajaran sesat atau menyeleweng bukan perkara baharu dalam pemikiran Islam, bahkan ia mula dikesan seawal zaman Rasulullah SAW lagi. Kumpulan pertama diketuai oleh Aswad al-‘Unsi, seorang ahli nujum, mendakwa dirinya menjadi penguasa dan nabi di Yaman. Kumpulan kedua diketuai oleh Musaylamah al-Kadhdhab juga mendakwa dirinya menjadi nabi, yang menurutnya separuh bumi adalah miliknya dan separuh bumi lagi adalah milik Rasulullah SAW. Kumpulan ketiga diketuai oleh Tulayhah Khuwaylid turut mendakwa dirinya menjadi nabi. Perkara ini berlanjutan sehingga zaman Khulafa’ al-Rashidun dengan kemunculan beberapa lagi kumpulan ajaran sesat. Pada pengakhirannya, semua individu tersebut sebahagiannya telah dibunuh oleh para sahabat dan sebahagian yang lain telah bertaubat kembali kepada Islam (Engku Ahmad Zaki, 2015: 7-9). Melalui tempoh yang panjang, berdasarkan beberapa faktor, ajaran menyeleweng turut berkembang dalam dunia Islam termasuklah di Malaysia. Rekod menunjukkan bahawa kumpulan ajaran sesat terawal yang dikesan ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Ahmad Matahari pada tahun 1870-an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Antara ciri ajaran Taslim adalah; tidak perlu solat kerana Allah SWT ada dalam badan apabila kita telah mengucap, solat dilakukan secara niat sahaja, Haji Ahmad Matahari adalah pengganti Rasulullah SAW, Islamnya seseorang itu hanya sah apabila dia berjumpa dengan rasul di Kampung Seronok, menunaikan haji hanyalah cukup atau sekadar dengan mendaki Bukit Payong di Bayan Lepas, Pulau Pinang, bernikah secara batin dan sebagainya (Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang, mufti.penang.gov.my). Namun tidak dinafikan juga terdapat beberapa ajaran sesat lain yang wujud lebih awal. Sebagai contoh, kepercayaan dan amalan tradisi yang berhubung kait dengan perkara mistik seperti khurafat. Begitu juga kemasukan ideologi dari Barat yang disumbangkan oleh penjajahan ke atas Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, perkembangan ajaran sesat pada zaman kini adalah lebih mencabar kerana dunia berada dalam era Revolusi Industri 4.0 yang ditandai sebagai internet of things. Penyebaran maklumat tanpa batasan melalui medium internet menyebabkan manusia tidak dapat menentukan sesuatu itu benar atau salah sehingga boleh membawa kerosakkan akidah umat Islam (Muhammad Rashidi, 2020: 8-11). Maka tulisan ini akan mengenegahkan ciri-ciri atau bentuk pemikiran ajaran sesat dalam media sosial di Malaysia dengan memfokuskan kepada ekstremisme dan liberalisme.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: ajaran sesat, keselamantan negara, media sosial.
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H71 General works
J Political Science > JA Political science (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Dr Ahmad El-Muhammady
Date Deposited: 05 Apr 2022 09:11
Last Modified: 05 Apr 2022 09:20
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/97490

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year