IIUM Repository

Majalah Dabiq sebagai medium propaganda pemikiran Tauhid Islamic State of Iraq and Sham (ISIS)

El-Muhammady, Ahmad and Hamat, Mohd Fauzi and Wahab, Muhammad Rashidi and Hanfiah, Mohd Hizam and Jalil, Abdullah (2021) Majalah Dabiq sebagai medium propaganda pemikiran Tauhid Islamic State of Iraq and Sham (ISIS). Afkar, 23 (2). pp. 339-404. ISSN 1511-8819 E-ISSN 2550-1755

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Ekstremisme merupakan ancaman yang sedang dihadapi oleh dunia Islam hari ini dengan kemunculan kumpulan pengganas; Islamic State of Iraq and Sham (ISIS) atau al-Dawlah al-Islamiyyah fi al-‘Iraq wa al-Sham (DAESH). Kewujudan mereka dengan aksi keganasan melampau telah memberikan gambaran yang buruk terhadap agama dan umat Islam. Lebih membimbangkan, sebilangan umat Islam di Malaysia turut terpengaruh dengan ISIS sehingga memberi ancaman kepada keselamatan negara. Justeru, berdasarkan analisis kandungan dokumen, makalah ini dikemukakan bagi mengenal pasti pemikiran tauhid yang menjadi pegangan ISIS. Topik ini dipilih memandangkan setiap tindakanyang dilakukan oleh seseorang Muslim selalunya didasari oleh pemikiran tauhid mereka. Walau bagaimanapun, makalah hanya memfokuskan kepada pemikiran tauhid yang terdapat dalam majalah rasmi ISIS yang bernama DABIQ. Majalah ini mempunyai kedudukan yang signifikan memandangkan ia adalah majalah rasmi ISIS yang pertama diterbitkan bagi menyebarkan propaganda mereka. Dalam hal ini, dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat lima elemen utama pemikiran tauhid ISIS yang terkandung dalam majalah DABIQ iaitu; i) berpegang dengan aliran akidah Salafi-Wahabi, ii) berpegang dengan Tauhid Tiga, iii) berpegang dengan tauhid al- Wala’ wa al-Bara’, iv) berpegang dengan tauhid al- Hakimiyyah, dan v) bermudahan mengkafirkan umat Islam (takfir). Kajian juga mendapati pemikiran tauhid ISIS ini bertentangan dengan kefahaman Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah, sekaligus ia perlu ditolak oleh seluruh umat Islam.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: DABIQmagazine;Islamic State of Iraq and Sham (ISIS);tawhid;Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah;extremism
Subjects: BPL Islamic education
H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H71 General works
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Dr Ahmad El-Muhammady
Date Deposited: 11 Feb 2022 08:45
Last Modified: 11 Feb 2022 08:45
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/96687

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year