Yamat, Hamidah and Kartar Singh, Kulwant Kaur (2016) What primary school teachers say about their beliefs on teaching and learning of English as a Second Language (ESL) = Apa yang diperkatakan oleh guru sekolah rendah mengenai kepercayaan mereka terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Jurnal Pendidikan Malaysia, 41 (2). pp. 125-130. ISSN 2180-0782 E-ISSN 2600-8823
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (308kB) | Request a copy |
Abstract
The belief system upheld by a teacher largely controls and shapes his or her views and practices of the subject matter and pedagogical content knowledge. Whether or not this applies to an English as a Second Language (ESL) context underpinned the purpose of the study presented and discussed in this paper. This Case Study aimed to explore three purposively selected rural primary school teachers’ beliefs and practices about teaching and learning of English. They each had fifteen, six and one year of experience; respectively. Data was gathered through individual interviews and triangulated with observations and document analysis. Themes were identified through constant comparative and thematic analysis and assisted with the use of CAQDAS, Atlas Ti version 7; a software for analyzing qualitative data. Findings indicate that despite the different number of years of experience, the teachers’ beliefs had an impact on how they felt English should be taught and therefore employed pedagogical strategies they believed would work for their students. This implies there is a need for sharing good practice which will enable even novice teachers to get the pedagogical content knowledge which are tested through real teaching experiences.******** Sistem kepercayaan yang dipegang oleh seseorang guru menguasai dan membentuk pandangan serta amalannya terhadap kandungan subjek serta pengetahuan kandungan pedagogi. Sama ada tanggapan ini juga boleh diaplikasikan dalam konteks pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua inilah yang mendasari tujuan kajian yang dibentang dan dibincangkan dalam kertas ini. Kajian Kes ini bertujuan untuk meneroka kepercayaan dan amalan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris dalam kalangan tiga orang guru sekolah rendah yang telah dipilih secara bertujuan. Mereka mempunyai lima belas, enam dan satu tahun pengalaman; secara urutan. Data dikumpul melalui temu bual perseorangan dan ditriangulasi dengan pemerhatian serta analisis dokumen. Tema telah dikenal pasti melalui ‘constant comparative’ dan analisis tematik yang dibantu dengan penggunaan CAQDAS, Atlas Ti versi 7; satu perisian untuk menganalisis data kualitatif. Dapatan menunjukkan yang meskipun bilangan tahun pengalaman berbeza, kepercayaan guru-guru tersebut terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua mempunyai impak terhadap pandangan mereka tentang bagaimana Bahasa Inggeris patut diajar. Dengan demikian menyebabkan mereka menggunakan strategi pedagogi yang dipercayai berkesan untuk pelajar. Implikasi kajian ini adalah perlunya perkongsian amalan terbaik yang membolehkan guru-guru novis memperoleh isi kandungan pengajaran yang telah diuji melalui pengalaman pengajaran sebenar.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 5405/73600 |
Uncontrolled Keywords: | Teachers belief; content knowledge; pedagogical content knowledge; primary school teacher, Kepercayaan guru; pengetahuan isi kandungan; pengetahuan isi kandungan pedagogi; guru sekolah rendah |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education L Education > LB Theory and practice of education > LB1025 Teaching (principles and practices) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > English Language Division Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) |
Depositing User: | Dr. Kulwant Kaur a/p Kartar Singh |
Date Deposited: | 01 Aug 2019 09:36 |
Last Modified: | 01 Aug 2019 09:36 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/73600 |
Actions (login required)
View Item |