Sulaiman, Sumaiyah and Mustapha, Nik Farhan and Toklubok, Pabiyah and Wan Sulung, Wan Muhammad and Mustapha, Nik Hanan (2018) Analisis keperluan terhadap pengguna sasaran modul pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri. In: 6th Malaysia International Conference on Foreign Languages, 7-8 March 2018, UPM. (Unpublished)
PDF (Unpublished)
- Accepted Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Kemahiran menulis merupakan kemahiran berbahasa yang penting dalam menguasai bahasa Arab, terutama bagi pelajar di peringkat pengajian tinggi. Pelajar perlu diberi latihan menulis yang berterusan melalui modul pembelajaran yang sesuai. Namun begitu, modul pembelajaran kemahiran menulis yang berasaskan regulasi kendiri masih kurang dalam pembelajaran bahasa Arab di peringkat pengajian tinggi. Oleh itu keperluan membangunkan modul yang bersesuaian untuk tujuan tersebut adalah penting. Penyelidikan mengenai pembangunan modul memerlukan analisis keperluan dijalankan untuk memastikan produk dicipta dapat memenuhi keperluan pengguna. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis keperluan dan spesifikasi modul sebagai langkah pertama untuk membina bahan pembelajaran kemahiran menulis bahasa Arab berasaskan regulasi kendiri di Institut Pendidikan Guru (IPG). Responden kajian terdiri dari 5 orang pensyarah bahasa Arab dan 6 orang pelajar pengkhususan bahasa Arab yang dipilih secara persampelan bertujuan. Data kualitatif diperolehi melalui temu bual separuh berstruktur. Analisis temu bual pensyarah dan pelajar menemui empat elemen utama iaitu elemen bahasa, tema, strategi pembelajaran kendiri dan aktiviti. Turut diperolehi keperluan modul menulis bahasa Arab. Kajian ini dapat menjadi panduan awal bagi mereka bentuk dan membangunkan modul dalam fasa seterusnya.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Speech/Talk) |
---|---|
Additional Information: | 2400/70749 |
Uncontrolled Keywords: | Analisis keperluan; Modul pembelajaran; Kemahiran menulis; Bahasa Arab regulasi kendiri |
Subjects: | P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | Dr Nik Hanan Mustapha |
Date Deposited: | 06 Mar 2019 09:18 |
Last Modified: | 06 Mar 2019 09:18 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/70749 |
Actions (login required)
View Item |