Nasir, Mohd Shahrizal and Yahaya , Mohd Firdaus and Sahrir, Muhammad Sabri
(2015)
Tinjauan persepsi pembelajaran Bahasa Arab untuk tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat awam.
Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30 (1).
pp. 1-12.
ISSN 2289-9057 (O), 2180-3463 (P)
(In Press)
Abstract
Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ia dipilih untuk menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. Selain itu, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima khususnya yang melibatkan ibadah solat dan haji. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Kepelbagaian bangsa dan bahasa umat Islam di seluruh dunia menjadi asas utama perlunya usaha mempelajari bahasa Arab khususnya bagi tujuan ibadah. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau persepsi berkaitan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia. Kajian dijalankan melalui kajian soal selidik yang dimuat naik dalam laman sosial facebook®. Sasaran utama bagi kajian ini ialah masyarakat Muslim awam daripada pelbagai latar belakang. Hasil kajian menunjukkan majoriti masyarakat awam mengiktiraf kepentingan pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat Muslim khususnya bagi memahami bacaan-bacaan asas dalam ibadah. Pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh responden bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab. Berdasarkan dapatan ini, satu rangka modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah akan dicadangkan bagi membantu masyarakat awam mempelajari bahasa ini.
Actions (login required)
|
View Item |