IIUM Repository

Keberkesanan program "falsafah untuk kanak-kanak" terhadap kemahiran membaca dan berfikir kritis: kajian kes di sebuah sekolah rendah

Hashim, Rosnani (2007) Keberkesanan program "falsafah untuk kanak-kanak" terhadap kemahiran membaca dan berfikir kritis: kajian kes di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Islam, 12 (1). pp. 37-50. ISSN 0127-5153

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Para sarjana Islam yang silam dan kontemporari, khususnya Jamaluddin al-Afghani dan S.H.Nasr, telah berhujah bahawa umat Islam mengalami kelemahan dalam membuat analisis yang baik terhadap isu-isu di sekitar mereka dan juga kurang kebijaksanaan. Kedua-dua sarjana ini menggesa agar subjek falsafah disemai semula dalam kurikulum pendidikan Islam. Bertitik tolak dari sini dan juga kejayaan dalam kemahiran berfikir kritis dan membaca yang dicapai di Amerika Syarikat dan Eropah menggunakan Program Falsafah untuk Kanak-Kanak, satu usaha mengkajinya secara ekperimental yang melibatkan dua kumpulan pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah rendah telah dijalankan. Pelajar telah diajar menggunakan kaedah ini selama 3 bulan pada waktu pelajaran Bahasa Inggeris. Data kualitatif juga telah dihimpun untuk menguatkan lagi dapatan daripada data kuantitatif Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan memperoleh skorpasca ujian yang lebih tinggi daripada skorpra ujian bagi kedua-dua kemahiran membaca dan berfikir tetapi perbezaan cuma signifikan bagi kumpulan berkebolehan tinggi.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 593/26167
Uncontrolled Keywords: educational program, children, creative thinking, primary school
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Professor Rosnani Hashim
Date Deposited: 19 Oct 2012 08:49
Last Modified: 09 May 2013 00:39
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/26167

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year