IIUM Repository

Pembangunan model AsomAR khusus untuk komuniti OKU pendengaran menggunakan pemodelan struktur interpretif

Abas, Ummu-Hani and Ahmad Yusoff, Nabilah Fasihah and Jaffar, Mohammad Najib and Mat Ali, Ahmad Asyraf and Mohd Raus, Norakyairee and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Abdul Hanid, Mohd Fadzil (2026) Pembangunan model AsomAR khusus untuk komuniti OKU pendengaran menggunakan pemodelan struktur interpretif. In: 2nd International Symposium On Social Sciences, Business, Education And Technology 2026 (2nd ISBET 2026), 4-5 April 2026, Online.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan membangunkan Model Tadabbur al-Quran (Model AsomAR) melalui pendekatan pembelajaran kosa kata bahasa Arab dengan pengintegrasian teknologi Realiti Terimbuh (Augmented Reality) bagi menyokong pembelajaran pelajar dewasa yang kurang pendengaran. Penyelidikan ini menggunakan kaedah Pemodelan Struktur Interpretif (Interpretive Structural Modeling) yang diaplikasikan melalui perisian Concept Star, melibatkan tujuh orang pakar dalam bidang pendidikan al-Quran untuk pelajar orang kurang upaya pendengaran, pendidikan bahasa Arab, serta teknologi pendidikan. Kajian ini mengenal pasti dan menyusun secara sistematik komponen-komponen utama yang diperlukan bagi menyokong pemahaman al-Quran dan pemerolehan kosa kata bahasa Arab mengikut tema-tema yang sesuai sebagai pendedahan awal kepada komuniti OKU pendengaran yang beragama Islam. Sumbangan input daripada panel pakar membolehkan pembentukan struktur hierarki Model AsomAR, sekaligus memastikan kesepadanan dari segi pedagogi dan integrasi teknologi. Dapatan kajian ini menyumbang kepada pembangunan pendidikan inklusif dengan menyediakan satu pendekatan pembelajaran yang berstruktur bagi penguasaan bahasa Arab dan tadabbur al-Quran untuk komuniti OKU pendengaran. Selain itu, kajian ini menonjolkan potensi penggunaan pembelajaran berasaskan AR dalam meningkatkan tahap penglibatan dan pemahaman pelajar, serta memberikan implikasi penting kepada pendidik, pembangun kurikulum dan pembuat dasar.

Item Type: Proceeding Paper (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Model Tadabbur Al Quran, Kosa Kata Arab, Orang Kurang Upaya Pendengaran, Realiti Terimbuh, Model Struktur Interpretatif (Interpretive Structural Modeling)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
T Technology > T Technology (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor
Date Deposited: 05 Nov 2026 11:40
Last Update: 05 Nov 2026 11:40
Queue Number: 2026-10-Q6025
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/132309
Indexed In: UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item