Hassan, Suraya and Shaharom, Noraslinda and Alamin, Hamidah and Abu Hassan, Norafizah and Bahrom, Suhaila and Mat Nawi, Mohd Nazim and Mat Yaacob, Siti Nubailah and Hairom, Juhaidah and Tengku Samsudin, Tengku Alias and Mohd Bashah, Bahirah and Saidin, Nurhafizah and Md Saad, Norlaili and Abd Rahman, Nor Aini and Hisham, Balqis and Sidek, Muhammad Izzuddin
(2026)
Modul pembelajaran matematik interaktif : kem mathquest explorer.
Department of Mathematics, Centre for Foundation Studies, International Islamic University Malaysia, Pahang.
Abstract
Ramai pelajar melihat matematik sebagai subjek yang sukar difahami dan kurang menarik. Hal ini sering berlaku apabila pembelajaran terlalu tertumpu secara tradisional dengan menggunakan buku teks. Objektif utama pembelajaran juga tertumpu kepada penyelesaian soalan matematik dengan pencarian jawapan yang betul semata-mata, tanpa memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka, bertanya soalan, atau belajar melalui pengalaman. Akibatnya, minat dan rasa ingin tahu terhadap matematik semakin berkurangan, malah ada yang berasa takut untuk mencuba kerana bimbang melakukan sebarang kesilapan.
Buku Modul Pembelajaran Matematik Interaktif: Kem MathQuest Explorer diterbitkan bagi menawarkan pendekatan yang lebih segar dan menyeronokkan dalam pembelajaran matematik. Melalui aktiviti yang interaktif dan berasaskan pengalaman (hands-on), pelajar berpeluang belajar secara aktif sambil menikmati proses pembelajaran dalam suasana yang santai dan menyeronokkan.
Modul-modul yang terkandung dalam buku ini boleh digunakan oleh tenaga pengajar untuk mengajar topik-topik asas matematik seperti pecahan, pengurusan wang, ukuran (panjang, jisim dan isipadu), bentuk dan ruang, serta pengurusan masa. Setiap topik disampaikan melalui pelbagai aktiviti menarik seperti permainan pendidikan, eksperimen mudah dan simulasi situasi harian. Pendekatan ini membantu pelajar memahami konsep matematik dengan lebih jelas serta melihat kaitannya dengan kehidupan seharian mereka.
Disusun selaras dengan silibus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), buku ini bukan sahaja berfungsi sebagai bahan rujukan, malah menjadi panduan pengajaran yang praktikal dan mudah digunakan oleh para pendidik. Diharapkan modul ini dapat membantu mengubah persepsi pelajar terhadap matematik daripada subjek yang sukar difahamai dan menakutkan kepada bidang ilmu yang menarik untuk diterokai, sekaligus memupuk kemahiran berfikir secara kritis, kreatif dan yakin dalam menyelesaikan masalah.
Actions (login required)
 |
View Item |