IIUM Repository

Pembangunan permainan mudah alih Bahasa Arab untuk pelajar sekolah rendah berasaskan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSR

Zainuddin, Ghazali and Mohamed Masrop, Noor Azli and Ramlan, Siti Rosilawati and Sahrir, Muhammad Sabri and Mansor, Naqibah (2024) Pembangunan permainan mudah alih Bahasa Arab untuk pelajar sekolah rendah berasaskan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) KSSR. Penerbit UIS (Universiti Islam Selangor), Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor.. ISBN 978-629-7518-59-6

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (422kB) | Request a copy

Abstract

Aplikasi mudah alih merupakan konsep pembelajaran era baru yang menggunakan peranti elektronik peribadi sebagai medium pembelajaran. Kajian ini bertujuan meninjau keperluan rekabentuk dan pembangunan permainan mudah alih bahasa Arab untuk sekolah rendah di Malaysia berasaskan Elemen Merentas Kurikulum (EMK) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan kaedah penyelidikan bercampur; kaedah kuantitatif dan kualitatif. Reka bentuk penyelidikan kuantitatif melibatkan metodologi tinjauan menerusi dua instrumen soal selidik berasingan bagi guru dan pelajar. Sampel kajian terdiri daripada 463 orang guru bahasa Arab peringkat sekolah rendah dari seluruh Malaysia; dan 384 orang pelajar dari lima buah sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur. Manakala bagi reka bentuk penyelidikan kualitatif pula melibatkan analisis dokumen terhadap buku bahasa Arab KSSR tahun dua dan temu bual ke atas sebelas orang guru bahasa Arab yang terpilih dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui kaedah ‘Focus Group Discussion’. Temu bual ini berkisar kepada isu pembelajaran Bahasa Arab di sekolah serta meninjau tahap kefahaman dan kesedaran guru terhadap kewujudan EMK yang terdapat dalam buku teks Bahasa Arab. Kajian ini telah menghasilkan beberapa penemuan penting dalam mewujudkan pembangunan permainan mudah alih yang melibatkan bahasa Arab. Kajian ini juga mencadangkan beberapa elemen penting dalam merekabentuk dan membangunkan permainan mudah alih sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar dan sejajar dengan perkembangan semasa dalam dunia pendidikan.

Item Type: Book
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 22 Jan 2025 17:54
Last Modified: 22 Jan 2025 17:54
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117834

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year