IIUM Repository

Konsep tauhid menurut Hamka dan pengaruhnya terhadap dakwah islah beliau

Sobri, Muhammad Asrie and Nik Abdullah, Nik Md. Saiful Azizi (2023) Konsep tauhid menurut Hamka dan pengaruhnya terhadap dakwah islah beliau. In: International Conference on The Contributions of Hamka on Islam and Humanity (ICCHIH 2023), 24th October 2023, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (942kB) | Request a copy

Abstract

Haji Abdul Malik Karim Amrullah (1908-1981) atau nama pena beliau HAMKA dan lebih terkenal dengan panggilan ‘Buya HAMKA’, merupakan pejuang reformis Islam terkemuka di rantau Nusantara. Setiap pejuang islah dan tajdid dalam Islam menjadikan Tauhid sebagai paksi perjuangan mereka dan tidak dapat dinafikan lagi Tauhid adalah inti sari ajaran Islam yang menjadi tunjang dakwah para Nabi dan Rasul. Oleh itu, mengkaji, menyingkap, dan memahami konsep dan fahaman Tauhid yang menjadi pegangan seseorang reformis dan pejuang islah adalah kunci utama dalam memahami inti sari sebenar perjuangan tokoh tersebut. Berdasarkan metode kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis terhadap karyakarya HAMKA berkenaan Tauhid dan membandingkan dengan sejarah perjuangan beliau, pengkaji menyediakan kajian tentang konsep Tauhid di sisi HAMKA dan pengaruhnya dalam praktik perjuangan islah beliau. Tujuan utama kajian ini adalah memahami konsep ajaran Tauhid HAMKA yang merupakan lubuk dakwah beliau seterusnya memberikan kita pemahaman yang mendalam terhadap seruan dakwah beliau dan sejauh mana praktik Tauhid dalam kehidupan beliau sebagai teladan bagi para pendakwah. Hasil kajian ini, pengkaji mendapati, konsep Tauhid beliau selari dengan pegangan majoriti para Ulama Islam dan beliau amat terkesan dengan dakwah islah di zaman beliau di Timur Tengah. Dapatan kajian ini diharap akan memberikan tambahan maklumat baharu dan lebih mendalam terhadap pemikiran dan falsafah perjuangan islah HAMKA secara khusus dan gerakan islah Islam secara umum.

Item Type: Proceeding Paper (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: HAMKA, Tauhid, Islah, Tajdid, Syirik, Muhammadiyah, Reformis, Ahli Sunnah wal Jamaah
Subjects: BPL Islamic education
K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP250 Schools of thought. Islamic legal schools. Madhahib
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
Kulliyyah of Education
Depositing User: DR NIK MD SAIFUL AZIZI NIK ABDULLAH
Date Deposited: 06 Nov 2023 15:27
Last Modified: 06 Nov 2023 15:27
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/107766

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year