IIUM Repository

Jangan jadi hamba telefon pintar

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2023) Jangan jadi hamba telefon pintar. Utusan Malaysia, Gaya (Agama). p. 28.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (542kB) | Request a copy

Abstract

“Dekat tapi jauh. Ada macam tiada. Senyum seperti mesra tetapi ia untuk skrin telefon. Kenderaan meluncur laju namun fokus mata pemandunya tidak pada jalan raya.” Ini antara suasana kurang enak dan berbahaya yang sering kita lihat dalam kehidupan manusia hari ini. Ia berleluasa semenjak telefon pintar “menakluki” kehidupan manusia moden. Walaupun duduk bersebelahan, namun semuanya tenggelam dalam dunia tersendiri. Ketika mesyuarat penting berjalan, minda anggota mesyuarat sedang berada di serata dunia dibawa telefon pintar masing-masing. Jika minda tidak berada dalam bilik mesyuarat, bagaimana agaknya perlaksanaan isi mesyuarat mampu dilaksanakan? Sudah sampai masanya pihak kerajaan mengeluarkan surat arahan melarang telefon pintar di bawa masuk ke bilik mesyuarat, parlimen dan majlis rasmi bagi memaksimakan fokus semua pihak terhadap isi perbincangan. Telefon pintar adalah nikmat hebat untuk manusia moden kerana ia mampu memudahkan urusan mereka. Pun begitu, secara tidak langsung ia juga telah merenggut kepintaran fizikal, ekonomi dan sosial manusia. Kepintaran fizikal sudah hilang kerana anak kecil dan orang dewasa semakin berlapik lemak perutnya dek kurang pergerakan fizikal atau riadah. Matanya pun semakin rabun dek suluhan cahaya biru skrin telefon pintar hampir sepanjang masa. Ketika telefon pintar belum dilahirkan di dunia, suara sorak sorai ketawa riang anak kecil bermain di luar rumah menjadi melodi indah yang selalu kita dengari. Selepas telefon pintar dilahirkan, suasana itu semakin hilang.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/103398
Uncontrolled Keywords: hamba telefon intar, ketagih gajet, keburukan telefon pintar, keluarga bahagia
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1518 Individual ethics. Character. Virtue
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 26 Jan 2023 08:59
Last Modified: 26 Jan 2023 08:59
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/103398

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year