Abd Rahim, Badruel Hairiel and Mohamad Diah, Nurazzura (2022) Kemenjadian murid menerusi sukan golball: naratif pengorbanan diri atlet murid bermasalah penglihatan di Kuala Lumpur. In: Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2022 (PERKKS 22), 10 - 11 November 2022, Bangi Resort Hotel, Selangor.
PDF (Full Paper)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (769kB) | Request a copy |
Abstract
Penyertaan atlet-murid kelainan upaya, terutama bagi kategori bermasalah penglihatan dilihat penting dalam agenda pembangunan negara. Kejayaan mereka dalam aktiviti sukan terutama di persada antarbangsa kerap kali kedengaran dan menjadi contoh kepada tatapan umum. Penyertaan mereka memberi impak yang besar sekaligus membuktikan bahawa kehadiran (dan kemenjadian) mereka amatlah bermakna dalam mewarnai segmen sukan negara. Kajian ini bertujuan untuk mencetuskan kesedaran mengenai kewujudan sukan golball yang dimainkan oleh individu kelainan upaya (masalah penglihatan), dengan menfokuskan kepada program pembangunan akar umbi yang dilaksanakan di sebuah sekolah di Setapak, Kuala Lumpur. Kajian ini juga dijalankan untuk memahami konsep pengorbanan diri yang dilakukan oleh atlet-atlet murid ini dalam menempuh ranjau berliku sebagai murid di sekolah dan sebagai atlet-murid bagi sukan golball. Melalui penyelidikan yang dilaksanakan di lapangan selama 14 bulan, kami telah menemubual 20 atlet- murid lelaki dan perempuan yang bermain sukan golball, berumur 13-19 tahun serta tinggal di asrama bagi mendapatkan maklumat yang bermakna bagi penulisan ini. Hasil kajian ini telah diproses dengan menggunakan pendekatan analisis dialogikal naratif dan kami telah membina tipologi konsep pengorbanan diri atlet-murid bermasalah penglihatan ini kepada tiga tema penting iaitu: I - keluar dari zon selesa; II - peralihan keutamaan; dan III - sokongan kepada aspirasi komuniti. Jelas sekali pengorbanan diri yang dilakukan oleh atletmurid ini disokong dengan bantuan keluarga, sekolah, jurulatih dan persatuan sukan. Hasilnya, kajian ini adalah signifikan kerana meneroka potensi golongan ini yang telah mengorak langkah selaras agenda pemerkasaan penduduk dan keluarga Malaysia, dan direalisasikan tanpa melihat batas penglihatan sebagai satu halangan untuk bersama-sama meneraju negara.
Actions (login required)
View Item |