IIUM Repository

Kajian rintis pembelajaran tatabahasa bahasa Arab bagi tujuan ibadah dalam kalangan pelajar dewasa di UMCCeD, Universiti Malaya = A pilot study on the learning of Arabic grammar for the purpose of worship among adult learners at UMCCeD, University of Malaya

Sahrir, Muhammad Sabri and Osman, Nurulhuda and Muhammad, Ilyani Syiham (2022) Kajian rintis pembelajaran tatabahasa bahasa Arab bagi tujuan ibadah dalam kalangan pelajar dewasa di UMCCeD, Universiti Malaya = A pilot study on the learning of Arabic grammar for the purpose of worship among adult learners at UMCCeD, University of Malaya. e-Jurnal Bahasa dan Linguistik (e-JBL), 4 (2). pp. 1-15. E-ISSN 2682-8987

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (386kB) | Preview

Abstract

Bahasa Arab adalah satu bahasa yang istimewa dalam Islam dan penganutnya. Justeru, bahasa ini dipelajari oleh umat Islam secara khususnya dalam pelbagai usia dan kelompok masyarakat, sama ada secara formal ataupun tidak. Sebagai contoh, pelbagai kursus bahasa Arab untuk masyarakat awam yang bertujuan menyebarkan pengetahuan bahasa ini dengan lebih luas bagi tujuan memahami Al- Quran, Hadis dan ibadah seharian dianjurkan dengan menggunakankan pelbagai modul dan objektif pengajaran. Kajian ini dijalankan bagi menilai sebuah kursus bahasa Arab berkaitan pembelajaran tatabahasa (nahu) bahasa Arab yang telah dijalankan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed), Universiti Malaya, Kuala Lumpur secara dalam talian antara Oktober 2021 hingga Februari 2022. Para responden dipilih secara purposif daripada 35 pelajar kursus ini yang diminta untuk menjawab instrumen bercampur di antara soal selidik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan yang mendalam. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar awam kursus ini berpuas hati dengan kualiti kandungan dan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Para pelajar juga mencadangkan beberapa elemen yang perlu diintegrasi dalam modul kandungan kursus tatabahasa Arab untuk masyarakat awam. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan turut diberikan bagi memantapkan lagi kursus bahasa Arab ini pada masa hadapan. Dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan bagi menjadi penanda aras terhadap pelbagai kursus bahasa Arab untuk masyarakat awam yang dianjurkan oleh pelbagai institusi pada masakini.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Nahu Bahasa Arab, Pembelajaran Bahasa Bagi Ibadah, Masyarakat Awam, Pembinaan Modul
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 05 Dec 2022 14:58
Last Modified: 05 Dec 2022 14:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101650

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year