Nazir, Faridah (2022) Sosiolinguistik. Freemind Horizons Sdn. Bhd., Kuala Lumpur. ISBN 978-967-0590-05-9
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
|
|
PDF
Download (1MB) | Preview |
Abstract
Sosiolinguistik merupakan bidang yang memberi penekanan kepada hubungan dan saling pengaruh antara perlakuan bahasa dan perilaku sosial. Sosiolinguistik juga turut memberikan liputan menyeluruh kepada topik paling relevan yang berkaitan dengan bahasa dan masyarakat, serta bahasa dan budaya. Oleh yang demikian, gambaran keseluruhan buku ini adalah berkisar tentang topik utama sosiolinguistik dan sosiologi bahasa, serta menyediakan pengenalan asas kepada kaedah terpenting yang digunakan dalam penyelidikan dan analisis sosiolinguistik. Perbincangan adalah berkisar tentang topik dan tanggapan seperti komuniti pertuturan, dialek, kod, variasi, pijin dan kreol, dwibahasa, multibahasa, diglosia, sistem alamat, bahasa dan jantina, perancangan bahasa, pengekalan bahasa dan peralihan bahasa. Buku ini mengandungi 11 bab yang memberi pendedahan terperinci tentang perkaitan antara bahasa dan masyarakat. Kelebihan buku ini ditampilkan melalui topik-topik yang dibincangkan secara terperinci dalam semua bab. Bab 1 menghuraikan Apa Itu Sosiolinguistik; Bab 2 Pemilihan Bahasa Dalam Komuniti Majmuk; Bab 3 Peralihan dan Penyelarasan Bahasa; Bab 4 Jenis Linguistik dan Negara Berbilang Bahasa; Bab 5 Perancangan Bahasa dan Bahasa Kebangsaan; Bab 6 Sosial dan Dialek Serantau; Bab 7 Bahasa dan Perubahan; Bab 8 Etnik dan Rangkaian Sosial; Bab 9 Fungsi Pertuturan, Kesopanan dan Komunikasi Silang Budaya; Bab 10 Jantina, Kesopanan dan Stereotaip; dan Bab 11 Bahasa, Kognisi, Budaya dan Sikap Bahasa.
Item Type: | Book |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Sosiologi bahasa, komuniti pertuturan, dialek, kod, variasi bahasa |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H62 Study and teaching. Research H Social Sciences > HM Sociology > HM621 Culture P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | Associate Profesor Dr. Faridah Nazir |
Date Deposited: | 04 Dec 2022 16:06 |
Last Modified: | 04 Dec 2022 16:06 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101516 |
Actions (login required)
View Item |