IIUM Repository

Tinjauan awal pembelajaran tatabahasa Bahasa Arab bagi tujuan ibadah dalam kalangan masyarakat awam di sebuah universiti

Sahrir, Muhammad Sabri (2022) Tinjauan awal pembelajaran tatabahasa Bahasa Arab bagi tujuan ibadah dalam kalangan masyarakat awam di sebuah universiti. In: International Conference on Malay, Arabic and English Literature (ICMAEL 2022), 19 - 20 Sept 2022, Kuala Nerus, Terengganu.

[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (146kB) | Request a copy
[img] PDF - Supplemental Material
Restricted to Registered users only

Download (152kB) | Request a copy
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (15MB) | Request a copy

Abstract

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Justeru, bahasa ini dipelajari oleh umat Islam secara khususnya dalam pelbagai usia dan kelompok masyarakat, sama ada secara formal ataupun tidak. Bagi masyarakat awam, bahasa Arab dipelajari bagi pelbagai tujuan, antaranya ialah untuk memahami Al-Quran dan keindahan wacana bahasanya serta memahami bacaan-bacaan dalam ibadah. Justeru, pelbagai kursus bahasa Arab untuk masyarakat awam yang bertujuan menyebarkan pengetahuan bahasa ini dengan lebih luas bagi tujuan memahami Al- Quran, Hadis dan ibadah seharian dianjurkan dengan menggunakan pelbagai modul, kandungan pengajaran dan rujukan. Bertitik tolak daripada isu ini, maka kajian ini dijalankan bagi menilai sebuah kursus bahasa Arab berkaitan pembelajaran tatabahasa (nahu) bahasa Arab yang telah dijalankan oleh Pusat Pendidikan Berterusan (UMCCed), Universiti Malaya, Kuala Lumpur secara dalam talian antara Oktober 2021 hingga Februari 2022. Para responden dipilih secara purposif daripada 20 pelajar kursus ini yang diminta untuk menjawab instrumen bercampur di antara soal selidik kuantitatif dan kualitatif bagi mendapatkan dapatan yang mendalam. Hasil kajian menunjukkan majoriti pelajar awam kursus ini berpuas hati dengan kualiti kandungan dan kaedah pengajaran yang telah dilaksanakan. Para pelajar juga mencadangkan beberapa elemen yang perlu diintegrasi dalam modul kandungan kursus tatabahasa Arab untuk masyarakat awam. Selain itu, beberapa cadangan penambahbaikan turut diberikan bagi memantapkan lagi kursus bahasa Arab ini termasuklah aspek retorik bahasa Arab bagi memahami keindahan bahasa al-Quran bagi masyarakat awam. Dapatan kajian ini dapat dimanfaatkan bagi menjadi penanda aras terhadap pelbagai kursus bahasa Arab untuk masyarakat awam yang dianjurkan oleh pelbagai institusi pada masakini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 21 Sep 2022 10:00
Last Modified: 21 Sep 2022 10:00
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100107

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year