IIUM Repository

Agama kaum Cina bukan Muslim di Malaysia

Ramli, Kasim and Ma Zhengbin, Yunus Abdullah (2018) Agama kaum Cina bukan Muslim di Malaysia. In: Seminar Kebangsaan Pengajian Akidah Dan Agama (SIGMA 8) 2018, 25th April 2018, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (990kB) | Request a copy

Abstract

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antaranya ialah kaum Cina. Mereka terdiri daripada pelbagai etnik yang memeluk variasi agama dan mengamalkan kepercayaan masing-masing, dengan bebas dan aman. Umumnya masyarakat Melayu Muslim lebih mengenali mereka dari jendela politik, dominasi perniagaan, kewujudan bersama, hubungan kepartian dan paparan media. Pengetahuan mereka mengenai agama anutan dan kepercayaan pegangan kaum Cina adalah sangat rendah dan nipis. Bagi para pendakwah, mengenali dan mengetahui kepelbagian agama dan amalan mereka adalah mustahak. Antaranya ialah sembahan berhala seperti Budhisme, kepercayaan kepada hantu jembalang dan kuasa jahat seperti Taoisme, sifar perubahan dalam kehidupan seperti Kristianisme, ketiadaan jatidiri dan keaslian agama seperti ajaran moral dan pemujaan roh nenek moyang oleh semua kaum Cina juga keterlibatan semua agama Cina dalam semua perayaan dan adat resam. Dengan ini, para pendakwah mampu melakar pendekatan, strategik dan hujjah untuk mendekati golongan sasaran secara hikmah dan berpedoman. Pembentangan ini bertujuan 1) menyingkap kebenaran al-Quran berkaitan variasi agama dalam konteks tempatan, 2) menghayati legasi dan sumbangan para sarjana Muslim silam yang peka terhadap persekitaran yang sinonim dengan kelahiran kepelbagaian pegangan, 3) mengenalpasti pelbagai pendekatan dakwah yang relevan dengan golongan sasaran, 4) menyedarkan masyarakat Melayu Muslim supaya mengenali kaum Cina berdasarkan agama anutan mereka melebihi pertimbangan yang lain. Metodologi pembentangan ini berasaskan temubual sesetengah para penganut agama juga lawatan ke beberapa institusi agama, pertubuhan kebajikan dan kebudayaan kaum Cina.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Additional Information: 3197/67704
Uncontrolled Keywords: Buddha, Cina, Kristian, Konfusius, Melayu, Tao
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP50 History > BP62 By race, ethnic group, tribe, etc.
B Philosophy. Psychology. Religion > BQ Buddhism
B Philosophy. Psychology. Religion > BR Christianity
B Philosophy. Psychology. Religion > BV Practical Theology > BV1460 Religious Education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Dr. Yunus Abdullah Ma Zhengbin
Date Deposited: 19 Nov 2018 15:14
Last Modified: 03 Jan 2019 08:52
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/67704

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year