IIUM Repository

Laporan kajian rintis program pedagogi hikmah di Gombak

Hashim, Rosnani and Hussien, Suhailah and Khalid, Madihah and Wan Yusoff, Wan Mazwati (2017) Laporan kajian rintis program pedagogi hikmah di Gombak. Research Report. UNSPECIFIED. (In Press)

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (337kB) | Preview

Abstract

Pendidikan Abad ke 21 mengalami perubahan yang amat ketara kesan daripada kewujudan pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi khususnya internet. Teknologi ini telah merubah peranan guru dan juga kemahiran yang perlu diajar. Penekanan pengajaran dan pembelajaran kini tertumpu kepada proses dan bukan lagi produk pelajaran. Bersesuaian dengan perkembangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia menekankan kemahiran berfikir kritis atau aras tinggi (KBAT) dan berusaha untuk menerapkannya dalam kalangan guru dan pelajar. Satu persoalan besar ialah apakah cara yang boleh digunakan untuk mencapai hasrat tersebut. Kajian ini bertujuan untuk menyelidik keberkesanan Pedagogi Hikmah, satu variasi daripada pendekatan Philosophy for Children yang bersandarkan kepada penyoalan Sokratik dalam satu komuniti inkuiri. Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif dan kualitatif. Kaedah kuantitatif melibatkan Ujian Pena’akulan Centre for Teaching Thinking (UPCTT) bagi pelajar, Ujian Thinking Style MSG bagi guru, Skor peperiksaan pertengahan dan akhir tahun dalam subjek yang diajar (ujian pra dan pasca) dan Skor kemajuan murid oleh guru dan murid sendiri. Kaedah kualitatif melibatkan temubual individu dan temubual berkelompok (PKF) bagi guru dan temubual berkelompok bagi sebilangan pelajar daripada setiap kelas yang terlibat. Seramai 11 orang guru daripada sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains dan Matematik terlibat dalam kajian ini. Guru-guru telah diberi kursus dalam Pedagogi ini selama 3 hari, demonstrasi dengan pelajar dan kemudian diselia selama sebulan. Tempoh kajian adalah selama 6 bulan tetapi pengajaran menggunakan Hikmah adalah untuk 3 bulan. Guru mengajar menggunakan pedagogi ini sekali dalam seminggu untuk 2 waktu berganding. Hasil kajian menunjukkan bahawa beberapa subjek yang diuji di Sekolah Menengah Atas mencapai peningkatan markah yang signifikan iaitu Sejarah, Lisan Bahasa Inggeris, Lisan Bahasa Melayu, dan Bahasa Inggeris Pemahaman. Peningkatan markah yang signifikan juga dapat dilihat bagi Sekolah Rendah bagi semua subjek yang diajar iaitu BI Karangan, BM Karangan, dan Pendidikan Islam. Bagaimana pun tidak terdapat peningkatan markah yang signifikan bagi Sekolah Menengah Rendah kecuali untuk kelas lemah. Ujian Thinking Style menunjukkan kebanyakan guru mempunyai gaya berfikir eksekutif yang dominan mengatasi gaya legislatif dan judiciary tetapi kedominanan eksekutif menyusut pada akhir kajian. UPCTT tidak dapat diuji sepenuhnya kerana data pasca sukar diperoleh. Hasil kajian kualitatif mendapati bahawa semua kumpulan pelajar yang ditemubual secara berkelompok amat menggemari Pedagogi Hikmah kerana memberi mereka ruang untuk mengemuka dan bertukar pendapat, berbincang untuk lebih jelas dan menyokong pandangan dengan hujah yang kukuh. Mereka lebih yakin bercakap dan lebih beradab semasa berbincang dalam suatu komuniti inkuiri. Guru juga turut merasa keseronokan mengajar menggunakan pedagogi ini dan dapat melihat sendiri perubahan positif pelajar mereka dengan kurang mengantuk dan ponteng kelas, dapat berkomunikasi dengan lebih baik dan yakin, dan bertanya soalan yang lebih bermakna. Mereka turut merasakan perubahan mengajar dari berpusatkan guru kepada berpusatkan pelajar. Guru menghadapi beberapa masalah khususnya dalam persediaan pengajaran dan juga dalam menghabiskan sukatan pelajaran tetapi ini mungkin dapat dielakkan apabila guru mahir dalam pedagogi ini dan juga KPM mengurangkan kandungan sukatan.

Item Type: Monograph (Research Report)
Additional Information: 7365/59829
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1101 Child study
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): UNSPECIFIED
Depositing User: Professor Rosnani Hashim
Date Deposited: 21 Nov 2018 23:16
Last Modified: 21 Nov 2018 23:16
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/59829

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year