IIUM Repository (IREP)

EZ-Arabic 2.0 sebagai medium alternatif pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah

Yahaya , Mohd Firdaus and Nasir, Mohd Shahrizal and Sahrir, Muhammad Sabri and Abdul Hamid, Mohd Fauzi (2016) EZ-Arabic 2.0 sebagai medium alternatif pembelajaran Bahasa Arab peringkat sekolah rendah. In: Isu pendidikan bahasa Arab: aspirasi guru-autonomi pelajar. Penerbit UniSZA, Terengganu, Malaysia, UniSZA, Terengganu, Malaysia, pp. 107-128. ISBN 978-967-0899-36-7

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (684kB) | Request a copy

Abstract

Kepesatan teknologi hari ini menjadi antara faktor perlunya para guru dan pelajar memanfaatkan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Situasi ini melibatkan proses P&P semua bidang pendidikan termasuk bidang bahasa di pelbagai peringkat sama ada peringkat sekolah mahupun institusi pengajian tinggi. Dewasa ini, penggunaan multimedia dalam P&P merupakan antara kaedah yang banyak digunakan di semua peringkat pendidikan. Mayer (2001) mendefinisikan multimedia sebagai persembahan bahan pengajaran menggunakan perkataan dan gambar. Secara mudah dapat difahami bahawa pemanfaatan multimedia dalam proses P&P perlu sekurang-kurangnya melibatkan dua komponen bahan iaitu perkataan dan gambar yang dipersembahkan secara menarik dalam bentuk elektronik. Pendapat yang dikemukakan oleh Mayer, kemudiannya dikembangkan oleh pendapat-pendapat lain yang memasukkan elemen berunsur teknologi dalam penyediaan bahan pengajaran. Antaranya Bush (2007) menambah elemen suara dalam penerokaan bahasa, pemanfaatan jaringan internet melalui World Wide Web (WWW) (Joliffe, Ritter & Stevens 2001), serta pemanfaatan grafik yang menarik dalam pengajaran kosa kata bahasa (Salsbury 2006; Bush 2007). Selain itu, pemanfaatan teknologi dalam P&P bahasa semakin mendapat sambutan apabila wujudnya bahan-bahan berbentuk elektronik dalam bidang pendidikan bahasa seperti buku latihan elektronik, video digital, ujian mendengar secara interaktif, bahan bacaan atas talian dan sebagainya (Gill 2006). Merujuk kepada perkembangan positif pemanfaatan teknologi dalam P&P pendidikan bahasa, maka ia dilihat amat wajar untuk dimanfaatkan dalam P&P bahasa Arab khususnya yang melibatkan pelajar daripada kalangan bukan penutur jati. Bahan pengajaran yang menarik dan bersifat interaktif akan dapat menarik minat dan motivasi pelajar untuk mempelajari bahasa al-Quran ini dengan mudah dan berkesan. Selain itu, dengan pemanfaatan teknologi maklumat secara menyeluruh dalam P&P, ia mampu meningkatkan tahap kemahiran para pelajar untuk mendapat maklumat berkaitan pembelajaran dengan lebih cepat dan mudah.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 3267/50579
Uncontrolled Keywords: EZ-Arabic 2.0, Bahasa Arab, pembelajaran, Arabic teaching
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes: Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 12 Jul 2016 16:22
Last Modified: 24 Oct 2016 16:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/50579

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year