IIUM Repository

Tinjauan persepsi pembelajaran Bahasa Arab untuk tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat awam

Nasir, Mohd Shahrizal and Yahaya , Mohd Firdaus and Sahrir, Muhammad Sabri (2015) Tinjauan persepsi pembelajaran Bahasa Arab untuk tujuan ibadah sebagai satu keperluan bagi masyarakat awam. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 30 (1). pp. 1-12. ISSN 2289-9057 (O), 2180-3463 (P) (In Press)

[img]
Preview
PDF
Download (964kB) | Preview
[img]
Preview
PDF
Download (99kB) | Preview
[img]
Preview
PDF (An article in APJEE USM) - Accepted Version
Download (1MB) | Preview

Abstract

Bahasa Arab merupakan satu bahasa yang mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam. Ia dipilih untuk menjadi bahasa pengantara bagi membawa mesej Islam. Selain itu, kesemua amal ibadah umat Islam tidak terlepas daripada penggunaan bahasa Arab, malah menjadi syarat sesuatu ibadah itu diterima khususnya yang melibatkan ibadah solat dan haji. Hal ini menjadikan bahasa Arab amat sinonim dengan Islam dan umatnya. Kepelbagaian bangsa dan bahasa umat Islam di seluruh dunia menjadi asas utama perlunya usaha mempelajari bahasa Arab khususnya bagi tujuan ibadah. Kertas kerja ini bertujuan untuk meninjau persepsi berkaitan pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan masyarakat awam di Malaysia. Kajian dijalankan melalui kajian soal selidik yang dimuat naik dalam laman sosial facebook®. Sasaran utama bagi kajian ini ialah masyarakat Muslim awam daripada pelbagai latar belakang. Hasil kajian menunjukkan majoriti masyarakat awam mengiktiraf kepentingan pembelajaran bahasa Arab bagi masyarakat Muslim khususnya bagi memahami bacaan-bacaan asas dalam ibadah. Pelbagai cadangan turut dikemukakan oleh responden bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab. Berdasarkan dapatan ini, satu rangka modul pembelajaran bahasa Arab untuk tujuan ibadah akan dicadangkan bagi membantu masyarakat awam mempelajari bahasa ini.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 3267/44263
Uncontrolled Keywords: bahasa Arab, pembelajaran bahasa bagi tujuan khusus, ibadah, masyarakat awam, pembinaan modul
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 21 Aug 2015 15:18
Last Modified: 08 Jan 2016 05:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/44263

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year