Ahmad Yusoff, Nabilah Fasihah and Abas, Ummu Hani and Jaffar, Mohammad Najib and Mat Ali, Ahmad Asyraf and Md Noor, Mohamad Lukman Al Hakim and Abdul Hanid, Mohd Fadzil and Mohd Raus, Norakyairee (2024) Model refleksi Al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab untuk golongan orang pekak Islam dengan sokongan teknologi realiti luasan: satu analisis keperluan. In: Arabic Language International Conference 2024 (ALIC 2024), 13th - 14th February 2024, Online Conference.
![]() |
PDF
Restricted to Repository staff only Download (8MB) | Request a copy |
Abstract
Kajian ini bertujuan menganalisis keperluan reka bentuk model refleksi Al- Quran yang baharu melalui pembelajaran kosa kata Arab, khususnya untuk golongan dewasa pekak Islam dengan sokongan Teknologi Realiti Luasan. Pendekatan refleksi Al-Quran melalui pembelajaran kosa kata Arab berasaskan Teknologi Realiti Luasan masih belum dibangunkan sepenuhnya. Oleh itu, perancangan pembelajaran kosa kata bahasa Arab yang berfokus pada Al- Quran untuk pelajar pekak perlu dirancang dengan penuh teliti dan memenuhi keperluan mereka. Kajian ini menggunakan model analisis keperluan Hutchinson dan Waters (1987), yang merangkumi Kekurangan, Keperluan, dan Kehendak untuk mengumpul maklumat. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan responden tidak memahami kosa kata bahasa Arab dalam Juzu' 'Amma yang berkaitan dengan manusia, haiwan, tumbuhan, kejadian, dan fenomena alam. Tambahan pula, majoriti responden tidak pernah menggunakan Teknologi Realiti Luasan dalam proses pembelajaran. Walaubagaimanapun, kebanyakan dari mereka bersetuju untuk mempelajari kosa kata Arab dalam Juzu' 'Amma yang berkaitan dengan manusia, haiwan, tumbuhan, kejadian, dan fenomena alam dengan sokongan Teknologi Realiti Luasan. Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang ini berpotensi merevolusikan cara refleksi dengan Al-Quran dan memahami maknanya.
Item Type: | Proceeding Paper (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Model, Refleksi Al-Quran, Kosa Kata Arab, Orang Dewasa Pekak, Realiti Luasan |
Subjects: | L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
Depositing User: | Br Mohamad Lukman Al Hakim Md. Noor |
Date Deposited: | 05 Feb 2025 10:45 |
Last Modified: | 05 Feb 2025 10:45 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119129 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |