IIUM Repository

Pencak Faris di pentas impian

Muhammad Arif, Nor Hafuza, ed. (2026) Pencak Faris di pentas impian. KSTCL Press, Johor. ISBN 978 967 2771 48 7

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Pencak Faris di Pentas Impian mengisahkan perjuangan Faris, seorang remaja dari Pertubuhan Dar Maryam yang bercita-cita menjadi seorang pendakwah. Malangnya, impian itu terhalang disebabkan oleh perasaan gementar yang melampau setiap kali berbicara di hadapan khalayak ramai. Kehadiran dua orang mahasiswa, Zaid dan Hana dari UIAM Pagoh menjadi pemangkin kepada perubahan Faris apabila mereka membimbingnya secara praktikal sebagai persediaan menyertai Pertandingan Mimbar Dai Remaja Johor. Uniknya, buku ini berfungsi sebagai sebuah modul pengucapan awam yang dibina dalam bentuk naratif. Misalnya, Faris mempelajari teknik menyusun idea melalui formula 3P, iaitu Pengenalan, Pengisian dan Penutup. Selain aspek teknikal, Faris didedahkan dengan kepentingan menghidupkan ekspresi wajah untuk menyampaikan emosi, teknik pernafasan yang betul bagi menghasilkan lontaran suara yang jelas serta kepentingan menjaga adab dan etika dalam berkomunikasi agar mesej yang disampaikan dapat menyentuh hati pendengar. Melalui pengembaraan di pelbagai lokasi sekitar Negeri Johor Darul Takzim, Faris akhirnya menyedari bahawa keberkesanan dakwah perlu diadun oleh elemen kelantangan suara, ketajaman hujah serta keluhuran budi pekerti terpuji. Modul pembelajaran secara naratif ini menekankan bahawa komunikasi merupakan satu seni yang boleh diasah bagi membina keyakinan diri yang mapan.

Item Type: Book
Uncontrolled Keywords: Pengucapan awam, modul pengajaran
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: NOR HAFUZA MUHAMMAD ARIF
Date Deposited: 13 Aug 2026 08:25
Last Update: 13 Aug 2026 08:25
Queue Number: 2026-08-Q4709
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128771

Actions (login required)

View Item View Item