Muhammad Arif, Nor Hafuza, ed.
(2026)
Pencak Faris di pentas impian.
KSTCL Press, Johor.
ISBN 978 967 2771 48 7
Abstract
Pencak Faris di Pentas Impian mengisahkan perjuangan Faris, seorang
remaja dari Pertubuhan Dar Maryam yang bercita-cita menjadi seorang
pendakwah. Malangnya, impian itu terhalang disebabkan oleh perasaan
gementar yang melampau setiap kali berbicara di hadapan khalayak
ramai. Kehadiran dua orang mahasiswa, Zaid dan Hana dari UIAM Pagoh
menjadi pemangkin kepada perubahan Faris apabila mereka
membimbingnya secara praktikal sebagai persediaan menyertai
Pertandingan Mimbar Dai Remaja Johor. Uniknya, buku ini berfungsi
sebagai sebuah modul pengucapan awam yang dibina dalam bentuk
naratif. Misalnya, Faris mempelajari teknik menyusun idea melalui formula
3P, iaitu Pengenalan, Pengisian dan Penutup.
Selain aspek teknikal, Faris didedahkan dengan kepentingan
menghidupkan ekspresi wajah untuk menyampaikan emosi, teknik
pernafasan yang betul bagi menghasilkan lontaran suara yang jelas serta
kepentingan menjaga adab dan etika dalam berkomunikasi agar mesej
yang disampaikan dapat menyentuh hati pendengar. Melalui
pengembaraan di pelbagai lokasi sekitar Negeri Johor Darul Takzim, Faris
akhirnya menyedari bahawa keberkesanan dakwah perlu diadun oleh
elemen kelantangan suara, ketajaman hujah serta keluhuran budi pekerti
terpuji. Modul pembelajaran secara naratif ini menekankan bahawa
komunikasi merupakan satu seni yang boleh diasah bagi membina
keyakinan diri yang mapan.
Actions (login required)
 |
View Item |