IIUM Repository

PERBANDINGAN ASPEK MORFOLOGI DALAM HIKAYAT MELAYU KLASIK DAN NOVEL MELAYU MODEN

Nazir, Faridah (2022) PERBANDINGAN ASPEK MORFOLOGI DALAM HIKAYAT MELAYU KLASIK DAN NOVEL MELAYU MODEN. KOLOKIUM BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU 2022, 1. pp. 30-42. E-ISSN 978-967-2771-05-0

[img]
Preview
PDF
Download (7MB) | Preview

Abstract

Kajian ini merupakan kajian perbandingan menggunakan analisis kualitatif melalui kaedah analisis kandungan. Analisis kandungan dilakukan terhadap naskhah Bahasa Melayu Klasik, iaitu Hikayat Malim Deman, naskhah Bahasa Melayu Moden melalui novel Ombak Rindu dan dibandingkan dengan ciri-ciri morfologi yang dikemukakan dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011). Pengkaji menganalisis kedua-dua karya yang dipilih berdasarkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2011) untuk aspek morfologi yang terdiri daripada (i) imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, dan (ii) perkataan, iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan kajian tentang ciri-ciri morfologi dalam novel Ombak Rindu menunjukkan bahawa terdapat penggunaan imbuhan, iaitu imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan, morfem kosong, bentuk fleksi, kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Dapatan ciri-ciri morfologi dalam Hikayat Malim Deman pula adalah lebih kompleks dengan penggunaan kata pangkal ayat yang klise dan kuno; laras bahasa istana; kata penegas pun dan lah; perkataan berunsur Arab; penggunaan kata tunjuk, kata hubung dan kata bantu; penggunaan imbuhan awalan, apitan dan akhiran, kelainan penggunaan imbuhan serta kosa kata bahasa Melayu klasik

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Bahasa Melayu Klasik; Bahasa Melayu Moden; Ciri-ciri Morfologi; Hikayat Malim Deman; Novel Ombak Rindu
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 01 Aug 2022 10:12
Last Modified: 01 Aug 2022 10:12
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99087

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year