IIUM Repository

Kerancuan bahasa dalam filem Kl Gangster: suatu analisis linguistik berdasarkan tahap 4 kemahiran bertutur kerangka standard bahasa Melayu (KSBM)

Nazir, Faridah and Jaafar, Norazian and Abd Halim, Nur Aina Farhana and Zulkifli, Nur 'Alyaa and Abd Halim, Nur Farhana Yasmin (2022) Kerancuan bahasa dalam filem Kl Gangster: suatu analisis linguistik berdasarkan tahap 4 kemahiran bertutur kerangka standard bahasa Melayu (KSBM). International Research Journal of Education and Sciences (IRJES). pp. 1-6. E-ISSN 2550-2158 (In Press)

[img]
Preview
PDF (Article) - Published Version
Download (478kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dilaksanakan bagi menyelidiki kerancuan bahasa Melayu yang terdapat dalam filem KL Gangster berdasarkan Tahap 4 kemahiran bertutur Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM). Perlaksanaan kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti penggunaan kosa kata dan ragam ayat dalam filem KL Gangster dan menganalisis penggunaan ayat aktif dan pasif dengan fasih dan spontan yang terdapat dalam filem KL Gangster. Oleh hal yang demikian, kajian ini menggunakan kaedah pemerhatian secara menonton filem KL Gangster, memasukkan data ke dalam senarai semak dan mencatat data-data yang diperoleh serta mengkategorikan data tersebut mengikut jenis menurut teori kerancuan bahasa Melayu yang dipelopori oleh Teo Kok Seong (2006). Bagi mencapai objektif kedua, pengkaji menganalisis penggunaan ayat aktif dan pasif dengan fasih dan spontan yang telah diungkapkan oleh penutur sehingga mengakibatkan kerancuan bahasa Melayu berlaku dalam filem KL Gangster. Hasil kajian mendapati bahawa terdapat kerancuan bahasa yang disebabkan oleh penggunaan bahasa yang tidak standard dalam filem KL Gangster. Kerancuan bahasa boleh merosakkan bahasa Melayu kerana setiap penggunaan bahasa Melayu telah dicampuradukkan dengan bahasa lain sehingga mencemarkan kemurnian bahasa Melayu itu sendiri. Namun, pengkaji turut berpendapat bahawa kerancuan bahasa perlu ada dalam pembuatan filem yang bergenre aksi ini supaya lebih menarik minat penonton.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kerancuan bahasa; Tahap 4 kemahiran bertutur; KSBM; Ayat aktif dan pasif; bergenre aksi.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 01 Aug 2022 09:24
Last Modified: 01 Aug 2022 09:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/99023

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year