Ahmad H.Osman, Rahmah and Abu Hassan, Muhammad Ikram (2022) Keistimewaan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan kepentingan menguasainya bagi para mufassirīn = (the privilege of arabic as the language of the Qur'an and the importance of mastering it for the mufassirīn). Al-Hikmah International Journal for Islamic Studies & Human Sciences, 5 (2). pp. 325-342. E-ISSN 2637-0581
PDF (Article)
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (430kB) | Request a copy |
Abstract
Seorang Mufassir ibarat permata bagi umat Islam. Tugasannya amat penting dalam memberikan kefahaman yang benar terhadap ayat-ayat al-Qur’an yang merupakan kalam Allah SWT. Memandangkan al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab dan memahami isinya perlu kepada tadabbur dan pemerhatian, maka kajian ini meneliti salah satu aspek terpenting yang perlu dikuasai oleh seorang mufassir iaitu mengetahui dan memahami bahasa Arab. Tujuan kajian ini ialah merungkai betapa pentingnya ele-men bahasa Arab bagi seorang mufassir, selanjutnya men-eliti betapa besar kesan bahasa Arab dalam memahami al-Quran. Begitu juga mengenal pasti ilmu-ilmu dasar dalam cabang ilmu bahasa Arab yang perlu dikuasai oleh seorang Mufassir. Kajian ini menggunakan kaedah deskriptif dengan mengumpul pandangan ulama tafsir dan bahasa Arab silam terhadap kepentingan menguasai dan me-mahami bahasa arab seterusnya mengkaji dan mengeluar-kan kesimpulan darinya. Kajian mendapati bahawa me-mahami al-Qur’an merupakan suatu tuntutan terpenting dalam syariat Islam dan tidak boleh mencapai memahami al-Qur’an melainkan dengan menguasai bahasa Arab.Selain itu, dalam memahami al-Qur’an terdapat beberapa ilmu penting yang tersenarai sebahagian besarnya di bawah cabang ilmu bahasa Arab. Di samping itu, hukum mendalami bahasa Arab merupakan Fardhu Kifayah bagi umat Islam.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Mufassir; Bahasa Arab; Memahami al-Qur’an; Fardhu Kifayah; |
Subjects: | BPL Islamic education H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H91 General special P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN |
Date Deposited: | 03 Jun 2022 14:41 |
Last Modified: | 03 Jun 2022 15:05 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/98179 |
Actions (login required)
View Item |