IIUM Repository

Peranan ibu dalam memberi pemahaman terhadap surah al-Nur, ayat 31 tentang kewajipan berhijab

Mohd Ghazali, Norzulaili and Mohd, Robiatul Adawiyah and Ahmad, Nadzrah (2021) Peranan ibu dalam memberi pemahaman terhadap surah al-Nur, ayat 31 tentang kewajipan berhijab. In: the 7th International Conference on Quran as Foundation of Civilization (SWAT) 2021) FPQS, Universiti Sains Islam Malaysia, 6-7 October 2021, Nilai, Negeri Sembilan.

[img] PDF (PROGRAM TENTATIVE) - Published Version
Download (121kB)
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Dalam usaha memastikan wanita muslimah tidak terpengaruh dengan arus fesyen yang tidak patuh syarak, ibu adalah individu yang perlu memainkan peranan untuk memberi pendedahan kepada anak perempuan mereka tentang cara berpakaian menurut landasan syarak. Penulisan ini akan membincangkan bagaimana peranan ibu dalam mendidik anak perempuan berkenaan dengan perintah menutup aurat dan berpakaian cara Islam. Ibu boleh bertindak sebagai individu contoh dalam berpakaian, sesuai dengan kedudukannya yang paling hampir dengan anak dan amat berpotensi untuk menjadi role-model kepada mereka. Ibu juga perlu memberi pemahaman yang tepat tentang keperluan menutup aurat dan berpakaian sebagaimana yang telah disebut oleh syarak dalam surah al-Nur, ayat 31. Selain itu, sebagai langkah untuk memastikan anak perempuan tidak terpengaruh dengan pemahaman yang salah tentang tuntutan menutup aurat dan berhijab, ibu juga perlu dedahkan kepada mereka berkenaan pemahaman dan pandangan yang diketengahkan oleh golongan feminisme berkaitan dengan tuntutan ini. Pandangan ini dilihat tidak selari dengan pandangan ulama muktabar dan ia adalah bahaya dan merupakan ancaman kepada keluhuran agama Islam. Penulisan ini berbentuk kualitatif berdasarkan kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan perbincangan mengenai tuntutan berpakaian mengikut ketetapan syarak. Dapatan kajian menunjukkan, dengan memberikan satu konsep pemahaman yang jelas tentang perintah menutup aurat dan cara berpakaian kepada anak perempuan, nescaya anak tersebut boleh membesar dengan identiti muslimah yang sihat, sekaligus mempunyai jati diri dalam memilih cara berpakaian yang syarie.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Peranan Ibu, Hijab, Menutup Aurat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP100 Sacred books > BP130 Works about the Qurʼān
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: DR NADZRAH AHMAD
Date Deposited: 11 Mar 2022 17:55
Last Modified: 11 Mar 2022 17:55
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/96941

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year