IIUM Repository

Aplikasi prinsip perancangan dalam filem paskal berdasarkan pendekatan pengurusan

Ismail, Mohamad Zuber and Licson, Lisa and Johari, Arina (2021) Aplikasi prinsip perancangan dalam filem paskal berdasarkan pendekatan pengurusan. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan ke-6 (PASAK6 2021), Virtual.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (367kB) | Request a copy

Abstract

Filem merupakan sebuah wahana kreatif yang bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran kreatif dan kritis. Filem bukan sahaja memaparkan mesej yang berunsur nasihat dan pengajaran semata-mata malah mengangkat aspek-aspek pengurusan yang boleh diteladani. Justeru, kajian ini menekuni satu pendekatan baharu yang bersifat rentas disiplin ilmu yang telah diketengahkan dalam dunia kritikan sastera tanah air, iaitu Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hasan (2013). Di bawah Pendekatan Pengurusan terdapat lima prinsip utama iaitu prinsip perancangan, kepimpinan, pengorganisasian, penstafan dan kawalan. Walau bagaimanapun, kajian ini akan menumpukan prinsip yang pertama iaitu, prinsip perancangan. Prinsip perancangan ini dianalisis berdasarkan dimensi peringkat-peringkat perancangan, iaitu (i) peringkat menetapkan objektif, (ii) membentuk strategi, (iii) pilihan alternatif, (iv) menilai langkah-langkah alternatif, (v) memilih satu cara dan (vi) kajian semula. Peringkat-peringkat perancangan ini diterapkan dan dianalisis dalam filem bergenre patriotik dan kenegaraan, iaitu filem PASKAL karya Adrian Teh yang telah diterbitkan pada tahun 2018 oleh Asia Tropical Films. Objektif kajian untuk mengenal pasti dan menganalisis prinsip perancangan berdasarkan peringkat-peringkat perancangan yang terdapat dalam filem PASKAL. Kaedah kepustakaan dan kaedah analisis teks diaplikasi dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian, kajian jelas membuktikan bahawa filem ini memperlihatkan kecenderungan yang tinggi terhadap pengaplikasian prinsip perancangan yang begitu menyerlah dan dominan terhadap peristiwa-peristiwa terpilih yang telah dianalisis. Prinsip perancangan yang diketengahkan dalam penelitian ini merupakan sesuatu yang signifikan dan relevan dalam memberikan impak yang positif terhadap pembentukan dan pengurusan jati diri. Kajian ini diharap mampu membuka satu lembaran baharu dalam dimensi pendidikan dan pembentukan jiwa generasi muda hari ini dalam proses merealisasikan matlamat berrtitik tolak daripada pengurusan perancangan yang bijak dan sistem

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, peringkat-peringkat perancangan, filem Paska
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 04 Jan 2022 15:08
Last Modified: 04 Jan 2022 15:09
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/95795

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year