Johari, Arina and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita and Muhammad Saad, Al-Fateh and Mohd. Ismath, Nurul Hanilah and Ismail, Mohamad Zuber and Ahmad, Siti Yuliandi
(2021)
Kembalikan kesantunan
(Reboot Politeness):modul dan pengisian program
kesantunan di IPT.
PBE ONE STOP CENTRE (PG0451573-V), Kedah, Malaysia.
ISBN 978-967-25854-0-4
Abstract
Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izin-Nya buku tentang usaha membugar
kembali nilai kesantunan dalam diri masyarakat secara umumnya dan mahasiswa IPT
khususnya ini dapat diterbitkan. Ribuan terima kasih diucapkan kepada Pihak Yayasan
Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Quran Hour dan Rumah Ngaji kerana telah memberikan
kerjasama yang tidak berbelah bahagi dalam pengendalian program bertemakan “Kembalikan
Kesantunan (Reboot Politeness) Menuju Keharmonian Malaysia dan Global” di peringkat IPT
pada 23 November 2019 lalu, bertempat di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),
Hub Pendidikan Tinggi Pagoh. Program ini merupakan hasil inisiatif tenaga pengajar, iaitu saya
dan rakan-rakan serta para pelajar yang mengambil kursus BMCO 3102 Kesantunan Bahasa,
BMCO 2107 Pragmatik dan Wacana; ENCO 3102 Semantics dan ARCO 2101 Intercutural
Communication pada Semester 1 2019/2020 sebagai memenuhi keperluan penilaian kursus
(projek) masing-masing.
Besar harapan saya agar penulisan yang menggarap dan memaparkan sepenuhnya
pesan-pesan kesantunan daripada tetamu undangan yang bukan calang-calang orangnya
seperti Dato’ Dr. Nooh Bin Gadot merangkap Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor,
Ustaz Fazrul Ismail - Ketua Pegawai Penyelidik WUIF, Saudara Akhmal Hakim Mohamad - wakil
pelajar tahun akhir Kuliah Bahasa dan Pengurusan, UIAM dan Saudara Afiq Ismail - wakil anak
muda (Social Media Influencer). Buku ini juga cuba mengetengahkan modul pengisian
program kesantunan berlandasan al-Quran dan Sunnah yang boleh dilaksanakan di mana-
mana IPT dalam usaha mendorong kesedaran dan perubahan sikap serta nilai diri
mahasiswa/masyarakat yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung
dalam kasus ini.
Semoga penulisan buku ini akan dapat menambah pengetahuan dalam kalangan
pelajar yang bakal mengambil kursus yang terlibatsecara khususnya, mahupun pelajar IPT lain
secara amnya yang sekali gus akan dapat menyemai semangat dalam mengembalikan nilai
murni yang semakin sirna dalam kalangan masyarakat kita hari ini berlandaskan al-Quran dan
Sunnah.
Actions (login required)
|
View Item |