Johari, Arina and Rosly, Nurul Jamilah and Hashim, Nasihah and Yahya, Maizatul Azura
(2011)
MENINJAU PERSPEKTIF AMALAN KESANTUNAN BERBAHASA
BERLANDASKAN ISLAM DI IPT.
In: PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021, 2-3 June 2021, UUM.
Abstract
Kajian ini dilakukan bertujuan meninjau perspektif amalan kesantunan berlandaskan Islam dalam kalangan
pelajar yang menuntut di IPT. Responden kajian terdiri daripada 48 orang mahasiswa yang menuntut di ta-
hun dua dan tiga pengajian dalam jurusan Bahasa Melayu Untuk Komunikasi Antarabangsa (MLCOM) di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif deskriptif
dengan mengumpul data, menganalisis dan melakukan interpretasi data-data tertentu yang berkait dengan satu
fenomena, iaitu perspektif mahasiswa terhadap amalan kesantunan berbahasa berlandaskan Islam. Data ka-
jian diperoleh melalui soal selidik yang bersifat terbuka (open-ended questionaire). Analisis data melibatkan
tiga langkah, iaitu i). penelitian jawapan responden secara semakan berulang-kali, ii). mengklasifikasi tema
dalam jawapan soal selidik responden menggunakan kaedah tematik, dan iii). pentafsiran dan huraian dapatan
kajian menggunakan kaedah huraian kualitatif. Dapatan memperlihatkan tahap kefahaman dan amalan kesan-
tunan berbahasa dalam kalangan mahasiswa di IPT adalah pada tahap yang baik. Amalan kesantunan dalam
kalangan mahasiswa juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan pematuhan terhadap ajaran
agama Islam seperti mana yang terdapat dalam al-Quran dan Sunah.
Actions (login required)
|
View Item |