Rosly, Nurul Jamilah and Johari, Arina and Hj. Nahar, Nora' Azian
(2021)
Pengelasan Gerak Bukan Ruang Berdasarkan Teori Struktur Konseptual.
In: PERSIDANGAN ANTARABANGSA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA MELAYU (RENTAS) 2021, 2-3 June 2021, UUM.
Abstract
Pengelasan gerak serta memahami makna gerak merupakan suatu usaha yang sukar. Lazimnya, gerak
dikaitkan dengan perbuatan atau tindakan yang ditunjukkan melalui kata kerja. Walau bagaimanapun,
gerak juga boleh berlaku dalam bentuk yang abstrak. Sehubungan dengan itu, kajian ini akan menunjukkan
gerak dan makna gerak berdasarkan representasi struktur konseptual dan struktur sintaksisnya. Kajian ini
menggunakan sepenuhnya Teori Struktur Konseptual (TSK). Teori Struktur Konseptual merupakan teori
yang menjelaskan representasi gerak secara abstrak berdasarkan set kategori ontologi dalam konstituen. Data
kajian menggunakan janaan konkordons dalam Pangkalan Data Korpus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan
Pustaka, Malaysia. Dapatan kajian menunjukkan bahawa makna gerak bukan ruang (GBR) terdiri daripada
gerak bukan ruang bersifat masa, gerak bukan ruang bersifat pemilikan, gerak bukan ruang bersifat keadaan
dan gerak bukan ruang bersifat kewujudan. Hasil dapatan menunjukkan, kehadiran kata kerja gerak bukan
ruang iaitu diadakan, milik, simpan dan wujud direpresentasikan dalam rumus struktur konseptual iaitu Fungsi
[KEADAAN] yang membawa rumus MENJADI [x, y]. Pemetaan struktur konseptual ini juga dihubungan
dalam peranan tematik yang melibatkan Tema, Matlamat, Aktor, Lokasi dan Objek Rujukan. Sehubungan
itu, kajian ini telah menunjukkan operasi organisasi teori struktur konseptual secara bersistematik dan berpada.
Actions (login required)
|
View Item |