IIUM Repository

Teori relevans: analisis makna implisit dalam drama komedi Kampung People 2

Abdullah Thani, Nurul Najihah and Johari, Arina (2021) Teori relevans: analisis makna implisit dalam drama komedi Kampung People 2. International Young Scholars Journal of Languages, 4 (1). pp. 159-176. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (261kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis makna implisit dalam drama Kampung People 2 berdasarkan Teori Relevans (TR) yang dikemukakan oleh Sperber dan Wilson (1995). Teori ini menggariskan tiga elemen utama, iaitu konteks, kesan konteks dan kos memproses dengan interpretasi data analisis berfokus pada proses subgagasan dalam TR, iaitu penggabungan, penguat dan pengguguran. Sebanyak 865 ujaran dianalisis daripada tiga watak, iaitu Mona (MN), Razif (RZ) dan Imran (IM) dalam tujuh episod, iaitu Episod 3 hingga Episod 9 (E3,E4,E5,E6,E7,E8,E9) dengan tempoh durasi keseluruhan selama 41 – 42 minit/ jam. Kaedah yang digunakan sepanjang kajian ialah (i) kaedah kepustakaan; (ii) kaedah transkripsi video; (iii) kaedah analisis teks dan (iv) kaedah penjadualan data. Dapatan kajian memperlihatkan aplikasi ujaran implisit didominasi oleh ujaran MN dalam E3, E8 dan E5. Dapatan turut menunjukkan bahawa ujaran implisit dalam genre drama komedi bersifat lebih ringan dan santai atas faktor kehadiran unsur lelucon; mengimplikasikan kos memproses yang rendah dan tahap kerelevanan yang optimum. Ini membuktikan kehadiran ujaran implisit sebegini amat signifikan dalam mencapai matlamat menghiburkan khalayak dengan rancangan kekeluargaan yang bersifat komedi dan tidak membebankan. Kata kunci: ujaran implisit, Teori Relevans, drama komedi, pragmatik, konteks

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: ujaran implisit, Teori Relevans, drama komedi, pragmatik, konteks
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 03 Sep 2021 12:02
Last Modified: 03 Sep 2021 12:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/91936

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year