IIUM Repository

Pandemik COVID-19 di Malaysia: mengurus infodemik melalui majlis akhbar

Haron, Hafidz Hakimi and Daud, Mahyuddin (2021) Pandemik COVID-19 di Malaysia: mengurus infodemik melalui majlis akhbar. Kanun: Jurnal Undang-Undang Malaysia, 33 (2). pp. 239-268. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (310kB) | Request a copy

Abstract

Fenomena penyebaran berita palsu dalam talian dilihat semakin berleluasa ketika dunia sedang menghadapi cabaran pandemik COVID-19. Lambakan maklumat yang turut dikenali sebagai infodemik telah memberikan kesan negatif terhadap usaha untuk mengawal penularan virus COVID-19. Fenomena infodemik ini juga telah menimbulkan kegelisahan dan ketidakpercayaan terhadap usaha kerajaan bagi melawan pandemik ini dalam kalangan rakyat. Bagi mengawal infodemik, pihak berkuasa telah menguatkuasakan tindakan perundangan secara tegas, namun dilihat oleh sebahagian pengkritik sebagai tidak efektif, drakonian dan tidak demokratik. Berdasarkan latar belakang ini, kajian ini menilai semula isu-isu perundangan yang timbul dalam kerangka undang-undang antiberita palsu sedia ada di Malaysia yang menyebabkan fenomena infodemik sukar dikawal selia. Kajian ini juga mengusulkan cadangan untuk mengawal selia penyebaran berita palsu dan mengurus infodemik melalui penubuhan Majlis Akhbar. Bagi mencapai objektif ini, kajian ini menggunakan metode kualitatif bagi mengumpulkan maklumat melalui kaedah analisis tekstual perundangan serta kaedah temu bual semi struktur.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 6395/90655
Uncontrolled Keywords: Undang-undang Perlembagaan, kebebasan bersuara, kebebasan akhbar, undang-undang media, Majlis Akhbar, infodemik
Subjects: K Law > K Law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Depositing User: Dr. Mahyuddin Daud
Date Deposited: 06 Jul 2021 11:31
Last Modified: 06 Jul 2021 11:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/90655

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year