IIUM Repository

Analisa terhadap faktor-faktor isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita dalam sektor ekonomi di Malaysia

Mohd Yusoff, Rahmawati and Ahmad, Nadzrah and Ali, Alizah and Ismail, Noraini and Mohd Asri, Ira Rozana (2021) Analisa terhadap faktor-faktor isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita dalam sektor ekonomi di Malaysia. International Journal of Law, Government and Communication (IJLGC), 6 (22). pp. 261-275. E-ISSN 0128-1763

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (297kB) | Request a copy

Abstract

Statistik menunjukkan bahawa jumlah pelajar perempuan yang mendaftar di universiti awam adalah lebih tinggi daripada pelajar lelaki. Namun, senario ini amat berbeza dengan keterlibatan kaum wanita dalam sektor ekonomi kerana statistik penglibatan wanita dalam sektor ekonomi adalah rendah dan tidak tinggi seperti statistik pendaftaran pelajar perempuan ke universiti. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita menurut perundangan Islam serta situasi di Malaysia. Artikel ini juga akan mengupas faktor-faktor yang mengakibatkan kurangnya penglibatan wanita dalam sektor ekonomi di Malaysia. Perbincangan dalam artikel ini menggunakan kaedah penyelidikan kualitatif di mana isu masalah ini akan diteliti menurut perspektif undang-undang Islam serta perspektif undang- undang serta situasi semasa di Malaysia. Hasil kajian melalui kaedah ini menunjukkan bahawa masih belum ada mekanisme jelas yang harus diterapkan dan dilaksanakan untuk mengatasi isu kesetaraan gender ini. Oleh itu, semua pihak termasuk kerajaan dan pihak majikan mestilah lebih progresif dalam membentuk sistem dasar yang dapat mengatasi isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita. Dalam pada itu, kajian ini juga mencadangkan bahawa kerajaan harus mengikuti saranan yang disaranankan oleh Konvensyen Penghapusan segala bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW) agar masalah isu kesetaraan gender ini dapat diatasi dengan segera.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4634/89341
Uncontrolled Keywords: Kesaksamaan Gender, Permekasaan Wanita, Sektor Ekonomi, Faktor-Faktor Gender Equality, Women's Empowerment, Economic Sector, Factors
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ1101 Women. Feminism
H Social Sciences > HB Economic Theory > HB848 Demography. Population. Vital events
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ503 The family. Marriage. Home
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: DR NADZRAH AHMAD
Date Deposited: 15 Apr 2021 11:13
Last Modified: 15 Apr 2021 11:13
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/89341

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year