IIUM Repository

Lakuan pertuturan dalam filem Nordin Ahmad

Saimon, Aminnudin (2021) Lakuan pertuturan dalam filem Nordin Ahmad. Lakuan Bahasa dalam Filem Nordin Ahmad, Volume 4 (Issues 1). pp. 33-52. E-ISSN 2600-9080

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (836kB) | Preview

Abstract

Lakuan pertuturan merupakan hubungan dua hala antara penutur dengan pendengar yang memperlihatkan ujaran penutur dalam menyatakan sesuatu dapat difahami oleh pendengar dan pendengar bertindak balas terhadap ujaran penutur. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis lakuan pertuturan menggunakan teori lakuan bahasa Searle (1969). Data penyelidikan diperoleh daripada empat buah filem Melayu klasik, iaitu filem Semerah Padi (1956), filem Hang Jebat (1961), filem Seri Mersing (1961) dan filem Lancang Kuning (1962). Hasil penyelidikan mendapati bahawa sebanyak 1391 lakuan bahasa yang terdapat dalam ujaran yang digunakan pada keempatempat buah filem. Sebanyak 370 lakuan pertuturan daripada FLK, 277 lakuan pertuturan daripada FHJ, 496 lakuan pertuturan daripada FSM dan 248 lakuan pertuturan daripada FSP. Daripada jumlah tersebut, lakuan pertuturan asertif merupakan lakuan yang paling dominan, iaitu sebanyak 671 kekerapan, diikuti oleh lakuan direktif sebanyak 442 kekerapan dan lakuan ketiga yang paling kerap ialah lakuan ekspresif sebanyak 176. Lakuan komisif dan deklaratif merupakan lakuan yang kurang kerap digunakan, iaitu sebanyak 96 dan 6 kekerapan. Dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kajian kepada aspek lakuan pertuturan direktif dan asertif. Pemfokusan kajian ini dibuat kerana kedua-dua aspek merupakan lakuan pertuturan yang paling dominan dan dilihat sebagai elemen yang paling utama dalam filem Nordin Ahmad antaranya tujuan, matlamat, kehendak dan idea komunikasi. Penggunaan teori pragmatik, iaitu Teori Lakuan Bahasa (Searle, 1969) dilihat amat berwibawa dalam merungkai makna hajat komunikatif penutur, diinterpretasi dan difahami oleh pendengar, seterusnya pendengar bertindak terhadap hajat komunikatif penutur. Sumbangan kajian ini dapat dilihat kepada keberkesanan sesuatu komunikasi, iaitu setiap ujaran yang dihasilkan mestilah bermanfaat kepada orang lain seperti ujarannya ringkas, tepat, mudah difahami dan tidak kompleks. Hasil analisis data mendapati bahawa lakuan bahasa dapat memberikan satu input dalam komunikasi, iaitu hubungan yang saling memahami.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 9957/88371
Uncontrolled Keywords: Konsep pendidikan akhlak, Keistimewaan pendidikan akhlak.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 21 Feb 2021 11:15
Last Modified: 21 Feb 2021 11:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/88371

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year