Hashim, Nasihah and Ahmad, Ainal Akmar and Yahya, Maizatul Azura and Johari, Arina (2020) Retorik persuasif dalam teks khutbah era pandemik Covid-19. In: Webinar NARADATA 2020 Bahasa, Sastera dan Budaya Penyelidikan Bahasa, Sastera dan Budaya dalam Era Pandemik, 3 December 2020, Kedah, Malaysia.
|
PDF
- Published Version
Download (6MB) | Preview |
Abstract
Khutbah ialah medium dakwah yang disampaikan dalam bentuk ucapan lisan dan merupakan rukun dalam solat Jumaat. Khutbah merupakan medan penyampaian maklumat, peringatan, dan nasihat yang penting pada setiap minggu kepada masyarakat Islam. Salah satu strategi penyampaian khutbah yang baik ialah pemanfaatan retorik persuasif dalam sesuatu teks khutbah. Retorik persuasif dalam teks khutbah dapat mencerminkan usaha khatib untuk mempengaruhi para jemaah mempercayai, memahami nasihat dan tunjuk ajar seterusnya bertindak melakukan sesuatu kebaikan mengikut lunas-lunas ajaran Islam. Lazimnya teks khutbah diisi dengan nasihat-nasihat untuk menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Intipati sesuatu teks khutbah sudah pasti adalah seruan berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran. Selari dengan usaha pemimpin-pemimpin negara yang sedang mendepani krisis pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia tahun ini, khatib selaku pemimpin Islam juga turut bersama-sama berjuang menanganinya dengan kata-kata nasihat dan seruan untuk memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di negara ini khususnya melalui khutbah Jumaat. Sehubungan itu, makalah ini akan membincangkan retorik persuasif khatib dalam mendepani krisis pandemik COVID-19 di Malaysia. Penelitian dijalankan terhadap teks khutbah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan dimuatkan dalam ruangan e-khutbah di laman web JAKIM, iaitu www.jakim.gov.my.
Item Type: | Conference or Workshop Item (Other) |
---|---|
Additional Information: | 4909/87219 |
Uncontrolled Keywords: | Kata kunci: retorik, persuasif, khatib, khutbah, pandemik COVID-19 |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) > H61.8 Communication of information H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races L Education > L Education (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | DR. ARINA JOHARI |
Date Deposited: | 30 Dec 2020 09:51 |
Last Modified: | 30 Dec 2020 09:51 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/87219 |
Actions (login required)
View Item |