IIUM Repository

Analisis penggunaan maklum balas pembetulan bertulis Bahasa Arab secara elektronik dalam kalangan pensyarah dan pelajar universiti di Malaysia = Usage analysis of written electronic feedback among Arabic lecturers and students of a Malaysian university

Abd Hamid, Mohd Azrul Azlen and Sahrir, Muhammad Sabri (2020) Analisis penggunaan maklum balas pembetulan bertulis Bahasa Arab secara elektronik dalam kalangan pensyarah dan pelajar universiti di Malaysia = Usage analysis of written electronic feedback among Arabic lecturers and students of a Malaysian university. Sultan Alauddin Sulaiman Shah Journal (JSASS), 7 (2). pp. 42-55. E-ISSN 2289-8042

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (465kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pilihan dan justifikasi pensyarah dan pelajar ketika memberikan dan menerima maklum balas pembetulan bertulis melalui aplikasi Google Doc dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Dua soal selidik telah diadaptasi dan diedarkan kepada 93 orang pelajar yang mengambil kursus Penulisan Akademik dalam bahasa Arab. Empat orang pensyarah yang mengajar kursus tersebut juga turut menjawab soal selidik yang diberikan. Temu bual semi-struktur dijalankan ke atas dua orang pensyarah dan lima orang pelajar bagi mengenalpasti justifikasi di sebalik pemilihan jenis maklum balas. Analisis deskriptif bagi data kuantitatif pula dibuat menggunakan perisian SPSS manakala analisis tematik menggunakan Atlas.ti digunakan untuk menganalisis temu bual. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pensyarah memilih maklum balas pembetulan bertulis secara tidak langsung dengan komen metalinguistik manakala pelajar pula memilih maklum balas pembetulan bertulis secara langsung dengan komen metalinguistik. Antara penjelasan yang diberikan oleh pensyarah adalah maklum balas yang dipilih kerana dapat membentuk kemahiran kognitif pelajar dan bebanan kerja yang banyak manakala pelajar pula berpandangan mereka tiada keyakinan diri untuk memperbetulkan kesalahan sendiri dan kekangan masa untuk mencari jawapan yang dilakukan dalam penulisan. Pendekatan pedagogi juga dicadangkan bagi membantu pelajar dan pensyarah bahasa Arab menggunakan Google Doc dalam menerima dan memberi maklum balas pembetulan bertulis., *********************************************************************** This study aims to examine the preferences and justification of teachers and students when giving and receiving written corrective feedback through Google Doc in Arabic language teaching and learning at a higher learning institution in Malaysia. Two questionnaires were adapted and distributed to 93 students in an Arabic Academic Writing course. Four lecturers who teach the course also answered the survey. A semi-structured interview was also conducted on two lecturers and five students to identify their justifications of feedback. Descriptive analysis on the quantitative data was performed using SPSS while thematic analysis via Atlas.ti was employed to analyse the interviews. The findings showed that teachers chose indirect written corrective feedback with metalinguistic comments while students preferred direct written corrective feedback with metalinguistic comments. The development of metacognitive skill and heavy workload were among the reasons of lecturers’ preferences for feedback. Lack of confidence to self-correct mistakes and time constraint to find answers were the basis given by the students. Pedagogical suggestions are provided to help Arabic students and lecturers to use Google Doc in receiving and giving written corrective feedback.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4824/83782
Uncontrolled Keywords: Maklum balas pembetulan, penulisan kolaboratif, pengajaran bahasa Arab, kemahiran penulisan, e-pembelajaran, corrective feedback; collaborative writing; Arabic language teaching; writing skills; e-learning.
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy
Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 21 Oct 2020 17:46
Last Modified: 21 Oct 2020 17:46
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83782

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year