IIUM Repository

Perbezaan antara maslahah mursalah dengan Maqasid Syariah

Alias, Muhammad Nazir and Muhammad Husni, Ahmad and Kamis,, Mohd Sham and Samsudin, Muhammad Adib and Omar, Anwar Fakhri and Mokhtar, Ahmad Irdha (2020) Perbezaan antara maslahah mursalah dengan Maqasid Syariah. Journal of Education & Social Sciences, 15 (1). pp. 97-104. ISSN 2289-9855 (Unpublished)

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (393kB) | Preview

Abstract

Kedudukan maqasid syariah sebagai sandaran hukum syarak telah menjadi perselisihan pandangan dalam kalangan ilmuwan Islam. Sebahagian daripada mereka menerima maqasid syariah boleh menjadi sandaran hukum secara langsung, manakala sebahagian yang lain tidak menerimanya. Perbincangan mengenai maqasid syariah oleh ilmuwan Islam silam sering kali muncul ketika mereka membincangkan mengenai kedudukan maslahah mursalah sebagai kaedah penentuan hukum. Terdapat ilmuwan Islam yang mendakwa bahawa mazhab Syafie merupakan mazhab yang paling kurang berpegang kepada maqasid syariah selepas daripada mazhab Zahiri. Ini berasaskan kepada kenyataan bahawa mazhab Syafie menolak maslahah mursalah dalam penentuan hukum syarak. al-Ghazali yang terdiri daripada tokoh besar aliran mazhab Syafie telah meletakkan maslahah mursalah di bawah kategori dalil yang tidak berasas. Ini telah memberikan kefahaman kepada sebahagian ilmuwan Islam bahawa mazhab Syafie adalah yang lebih cenderung untuk berpegang kepada zahir nas syarak sahaja berbanding maqasid syariah yang terselindung di sebalik nas tersebut. Walaupun begitu, terdapat juga kajian yang membuktikan bahawa maqasid syariah telah diiktiraf oleh Imam Syafie dalam penentuan hukum. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis teori maslahah mursalah dan teori maqasid syariah bagi mengenal pasti kaitan dan kedudukan di antara keduanya. Kajian ini menganalisis kitab-kitab turath dan juga penulisan ilmuwan-ilmuwan Islam kontemporari. Metod analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan gambaran jelas terhadap kedua-dua teori berkenaan bagi mengenal pasti aspek perbezaan dan hubungkait keduanya. Hasil kajian membuktikan bahawa maslahah mursalah bukanlah maqasid syariah kerana kedua-duanya adalah dua perkara yang berbeza. Penolakan terhadap maslahah mursalah oleh sebahagian ilmuwan Islam bukanlah merujuk kepada maslahah yang menjadi maqasid syariah tetapi ia adalah maslahah yang bersumberkan kepada logik akal semata-mata. Perselisihan pandangan mengenai kedudukan maqasid syariah adalah berasaskan kepada kekeliruan dalam membezakan antara maslahah mursalah dan maqasid syariah.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 8721/83163
Uncontrolled Keywords: Maqasid syariah, maslahah mursalah, perundangan Islam
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP250 Schools of thought. Islamic legal schools. Madhahib
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Ahmad bin Muhammad Husni al-Jufri
Date Deposited: 09 Oct 2020 10:14
Last Modified: 16 Nov 2020 16:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/83163

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year