IIUM Repository

Penetapan standard bagi Industri nutraseutikal di Malaysia: melindungi hak pengguna

Safuan, Sahida and Ismail, Suzi Fadhilah and Abdul Ghani Azmi, Ida Madieha and Daud, Mahyuddin and Abd. Jalil, Juriah (2020) Penetapan standard bagi Industri nutraseutikal di Malaysia: melindungi hak pengguna. Kanun: Jurnal Undang-undang Malaysia, 32 (2). pp. 177-194. ISSN 0128-2670 E-ISSN 2682-8057

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (270kB) | Request a copy

Abstract

Kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kesihatan telah menggalakkan pemasaran produk nutraseutikal di Malaysia. Nutraseutikal didefinisikan sebagai produk berasaskan makanan yang diyakini mampu memberikan kesan positif kepada kesihatan pengguna dengan cara melindungi serta merawat pengguna daripada penyakit. Oleh sebab permintaan terhadap produk ini semakin meningkat, ramai pengeluar produk mengambil peluang mengeluarkan produk nutraseutikal melalui pengilangan secara kontrak. Perkhidmatan pengilangan kontrak ini ditawarkan oleh syarikat yang mempunyai status Amalan Perkilangan Baik (AMP) kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk mengeluarkan produk menggunakan jenama sendiri. Pengilangan kontrak membolehkan sesiapa sahaja berupaya memiliki produk dengan modal minimum tanpa memerlukan kepakaran atau kemahiran tertentu dalam penghasilan sesuatu produk. Hal ini menyebabkan terdapat lambakan produk nutraseutikal di pasaran. Tambahan pula sistem undang-undang di Malaysia masih lagi belum jelas dalam pengawalseliaan produk nutraseutikal. Produk nutraseutikal dikawal selia oleh agensi yang berbeza mengikut kategori sama ada makanan atau farmaseutikal. Agensi yang berbeza mempunyai prosedur atau standard yang berbeza dalam pengurusan produk. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis isu berkaitan dengan pembangunan produk nutraseutikal melalui pengilangan kontrak dan mendapati bahawa terdapat keperluan yang sangat tinggi untuk menetapkan satu standard piawaian dalam penghasilan produk nutraseutikal bagi tujuan melindungi kepentingan pengguna untuk jangka masa panjang. Kajian ini dijalankan melalui kaedah analisis kandungan menggunakan pelbagai sumber kepustakaan dan juga perbincangan dan temu bual berkumpulan yang telah diadakan dengan pihak-pihak yang berkaitan.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7292/81601
Uncontrolled Keywords: Nutraseutikal, Pengilangan kontrak, Badan-badan kawal selia
Subjects: K Law > K Law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws
Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Centre for Foundation Studies
Depositing User: Dr Suzi Fadhilah Ismail
Date Deposited: 15 Jul 2020 11:28
Last Modified: 13 Nov 2020 09:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/81601

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year