Saharuddin, Norzihani and Hussien, Suhailah
(2018)
Meninjau Pemikiran Moral Guru Pelatih Melalui Pendekatan Naratif.
In: Seminar Kebangsaan PdPc Abad Ke-21 2018, 23 Apr 2018, Besut, Terengganu.
Abstract
Kertas ini mengutarakan dapatan sebuah penyelidikan yang mengkaji tentang bagaimana pendekatan Naratif membantu memudahcara pemikiran moral gure pelatih. Kertas ini membincangkan dapatan data pemerhatian rinits kajian yang melibatkan seramai 32 guru pelatih di dalam kursus Pendidikan Moral, 'Isu dan Konflik Moral' yang menggunakan Pendekatan Naratif sebagai pedagogi. Pemerhatian yang dijalankan berfokus kepada bagaimana Pendekatan Naratif seiring dengan Pendekatan Pengajaran Konstruktivis dapat menyumbang pembangunan pemikiran moral pelajar. Perbincangan kertas ini dimulai dengan penerangan latar belakang program Pendidikan Moral di Malaysia, diikuti dengan deskripsi masalah kajian dan objektif kajian. Akhir sekali, kertas ini membentangkan kaedah pemerhatian rintis yang telah dijalankan bersama dapatan kajian yang telah diperolehi.
Actions (login required)
|
View Item |