IIUM Repository

Kesantunan berbahasa dalam rancangan bual bicara di Ikimfm.

Johari, Arina and Abd Aziz, Ainul Afiqin (2017) Kesantunan berbahasa dalam rancangan bual bicara di Ikimfm. International Young Scholars Journal of Languages, 2 (1). pp. 41-48. ISSN 0128-2565

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (984kB) | Preview

Abstract

Makalah ini akan mengenal pasti pola kesantunan berbahasa rancangan bual bicara Celik Mata Reset Minda Pengguna Laman Sosial di radio IKIMfm. Kajian berfokus pada dialog dua peserta perbualan dalam struktur pengenalan, iaitu pengacara dan tetamu undangan tetap ketika memulakan rancangan dengan mengaplikasi beberapa metod antaranya analisis teks, transkripsi dan kaedah kuantitatif. Sebanyak sembilan dialog dalam struktur pengenalan dianalisis menggunakan kerangka Teori Kesantunan Brown dan Levinson (1987) dan Prinsip Kerjasama (PK) Grice (1975). Dapatan kajian menunjukkan peserta perbualan mematuhi strategi Kesantunan Positif dan Kesantunan Negatif mewakili model Brown dan Levinson serta maksim Kuantiti dan Relevan mewakili PK Grice. Strategi Kesantunan Positif mendominasi keseluruhan ujaran peserta agar situasi bebas konflik dapat dicapai. Dapatan kajian turut memperlihatkan strategi dan maksim yang diaplikasi amat signifikan dalam menzahirkan kesantunan sebenar peserta bual bicara secara lebih komprehensif. Walau bagaimanapun, dapatan ini masih lagi bersifat tentatif kerana hanya sebahagian sahaja data yang dianalisis bagi penulisan makalah ini.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 4909/78308
Uncontrolled Keywords: Rancangan bual bicara; strategi kesantunan, prinsip kejayaan, situasi bebas konflik
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 29 Jan 2020 16:15
Last Modified: 29 Jan 2020 16:15
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/78308

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year