IIUM Repository

Antara Bani Israil dan anti-vaksin

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2019) Antara Bani Israil dan anti-vaksin. Utusan Malaysia. p. 23.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (134kB) | Preview

Abstract

“SAMIRI bukan autoriti Bani Israil. Sebaliknya Nabi Harun a.s. adalah autoriti dan wakil ketua sebenar yang mendapat lantikan terus daripada Nabi Musa a.s. Namun, apakan daya perangai tak hormati autoriti telah menyebabkan bencana besar melanda Bani Israil.” Selepas merdeka daripada cengkaman penjajahan Firaun, Bani Israil mula berdikari di bawah pimpinan Nabi Musa. Walaupun begitu, kehidupan mereka pasca kejatuhan Firaun masih tidak lengkap tanpa panduan wahyu Allah. Oleh itu, bagi melengkapkan kehidupan Bani Israil, Allah memanggil Nabi Musa ke Gunung Tur untuk menerima kitab Taurat. Bani Israil yang berasal daripada 12 anak Nabi Yaaqub a.s. mempunyai ramai jumlah keturunannya. Pengurusan mereka pasti bergelumang dengan pelbagai kerenah. Oleh itu, pimpinan ketua mesti ada bagi mengawal situasi. Sebelum meninggalkan Bani Israil, Nabi Musa secara rasmi menyerahkan tampuk pimpinan kepada Nabi Harun. Sebagaimana firman Allah ertinya: “Dan kami janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama 30 malam, serta Kami genapkan jumlahnya dengan 10 malam lagi, lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya 40 malam. Dan Nabi Musa berkata kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): “Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah engkau menurut jalan orang yang melakukan kerosakan.” (al-A’raf :142)

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/74783
Uncontrolled Keywords: Bani israil, anti-vaksin, refleksi al-Qur'an, ubat-ubatan
Subjects: R Medicine > RA Public aspects of medicine > RA0421 Public health. Hygiene. Preventive Medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 12 Sep 2019 10:08
Last Modified: 14 Oct 2019 09:07
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/74783

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year