IIUM Repository

Fenomena kepelbagaian terjemahan suatu teks sastera di dunia Arab: terjemahan riwayat (The old man and the sea), satu kajian kes

Haji Ibrahim, Majdi and Zakaria, Abdul Wahab (2009) Fenomena kepelbagaian terjemahan suatu teks sastera di dunia Arab: terjemahan riwayat (The old man and the sea), satu kajian kes. In: Kelestarian Bidang Penterjemahan. Persatuan Penterjemah Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 292-303. ISBN 9789834217952

[img] PDF (Fenomena kepelbagaian terjemahan) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (3MB) | Request a copy
Official URL: http://www.ppm-mta.org

Abstract

Kepelbagaian terjemahan terhadap satu teks sastera menjadi satu fenomena yang telah menarik perhatian ramai. Fenomena ini terhenti pada kewujudan pelbagai versi terjemahan terhadap satu teks sastera dari semasa kesemasa di dunia Arab yang terdiri daripada 22 buah negara. Kemungkinan fenomena kepelbagaian terjemahan suatu teks sastera boleh diterima jika ada sebab yang munasabah, seperti memperbaharui terjemahan yang agak lama, atau memperbaiki terjemahan yang lemah, atau apabila seseorang penterjemah itu tidak mengetahui akan wujudnya seseorang penterjemah lain yang menterjemah apa yang dia sedang terjemahkannya. Namun begitu, fenomena ini menjadi satu keganjilan dan mula dipertikaikan apabila kita dimaklumkan bahawa riwayat "al-Syaikh Wa al-Bahr" (The Old Man and the Sea) milik penulis tersohor Amerika (Ernest Hemingway) yang telah menerima Anugerah Novel dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1954m setelah menerbitkan riwayat tersebut pada tahun 1951m, sebenarnya telah diterjemahkan ke bahasa Arab lebih daripada 20 kali. Kajian ini cuba meleraikan fenomena kepelbagaian terjemahan terhadap satu teks sastera di dunia Arab yang mengalami kelemahan dalam penghasilan pengetahuan terjemahan, disamping mencari sebab-sebab yang membawa kepada wujudnya fenomena ini, serta memberi beberapa cadangan dan garis panduan supaya aktiviti dan hasil terjemahan yang berulang tidak bertukar menjadi timbunan yang tiada faedahnya.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 2279/7415
Uncontrolled Keywords: terjemahan, teks, sastera Arab
Subjects: P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: Majdi Haji Ibrahim
Date Deposited: 01 Dec 2011 12:37
Last Modified: 01 Dec 2011 12:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/7415

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year