IIUM Repository

Memahami konsep raḥmatan lil ‘ālamīn melalui kitab-kitab tafsiran Al-Qur’ān

Ahmad, Nadzrah (2019) Memahami konsep raḥmatan lil ‘ālamīn melalui kitab-kitab tafsiran Al-Qur’ān. In: Seminar Meja Bulat Konsep Rahmatan LIl Alamin, 11th July 2019, Kuala Lumpur. (Unpublished)

[img] PDF (Invitation letter and schedule)
Restricted to Repository staff only

Download (889kB) | Request a copy
[img] PDF (CERTIFICATE OF ATTENDANCE) - Accepted Version
Restricted to Repository staff only

Download (213kB) | Request a copy
[img] PDF (PRESENTATION SLIDES) - Presentation
Restricted to Repository staff only

Download (806kB) | Request a copy

Abstract

Nabi Muhammad SAW telah diutuskan kepada umat manusia sebagai pelengkap kepada risalah dan misi kenabian. Saat para Nabi sebelumnya diutuskan untuk kaum tertentu, baginda SAW telah diutuskan kepada seluruh manusia di sepanjang zaman. Allah SWT turut menyifatkan baginda SAW sebagai Rahmatan lil Alamin (rahmat buat sekalian alam) sebagai isyarat kepada kesejagatannya, sebagaimana yang telah digariskan dalam surah al-Anbiya’ ayat ke-107. Daripada situ, para mufassirin (penafsir al-Qur’an) telah berusaha untuk mencari makna dan menjelaskan epistemologi Rahmatan lil Alamin ini menggunakan kaedah-kaedah penafsiran yang berbeza. Konsep penting yang terkandung dalamnya seperti “rahmat” dan “sekalian alam” merupakan kata kunci asasi untuk memahami frasa ini menurut kefahaman berdasarkan pandangan sarwa Islam yang hampir dengan kehendak Allah SWT. Oleh yang demikian, kertas ini merupakan percubaan untuk menggarap makna konsep-konsep asasi ini dan mengungkap makna ayat ini berdasarkan pandangan mufassirin klasik dan kontemporari.

Item Type: Conference or Workshop Item (Slide Presentation)
Additional Information: 4634/73355
Uncontrolled Keywords: alam, mufassir, Nabi Muhammad SAW, rahmat, tafsir
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP170.82 Unity of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP188 Islamic religious life
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Qur’an and Sunnah
Depositing User: DR NADZRAH AHMAD
Date Deposited: 19 Jul 2019 16:13
Last Modified: 29 Oct 2019 12:11
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/73355

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year