Awang Hamat, Mohd Afandi and Ghazali, Muhammad Muhaimin (2019) Peranan akta perkhidmatan kewangan Islam (APKI) 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan tadbir urus syariah dan institusi Islam di Malaysia. BITARA : International Journal of Civilization Studies and Human Sciences, 2 (1). pp. 74-86. ISSN 2600-9080 E-ISSN 2600-9080
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (294kB) | Request a copy |
Abstract
Artikel ini bertujuan untuk mengkaji peranan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 dalam memperkasakan pelaksanaan rangka kerja tadbir urus syariah (Shariah Governance Framework) dalam institusi kewangan Islam (Islamic Financial Institution (IFI)) terpilih di Malaysia. Kajian ini dijalankan berasaskan metod kualitatif. Penyelidik memanfaatkan pelbagai dokumen untuk memahami struktur, proses dan rangka kerja tadbir urus syariah dalam institusi kewangan islam di Malaysia. Selain itu, beberapa temu bual juga dijalankan oleh penyelidik bersama beberapa anggota Jawatankuasa Syariah dan pegawai syariah yang terpilih dari Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan Maybank Islamic Berhad. Penyelidik mendapati bahawa penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam (APKI) 2013 menjadikan prestasi Malaysia yang cemerlang dalam industri kewangan Islam dilihat lebih menonjol kerana pengawal selia (regulator) di Bank Negara Malaysia juga terlibat dalam beberapa kes yang berkaitan dengan Jawatankuasa Syariah, bagi memastikan pematuhan yang menyeluruh dengan akta ini.
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 2148/73331 |
Uncontrolled Keywords: | Akta perkhidmatan kewangan Islam (APKI) 2013, Tadbir urus syariah, Institusi kewangan Islam Malaysia |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP160 General works on Islam K Law > KBP Islamic Law |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Fiqh and Usul al-Fiqh |
Depositing User: | Dr Mohd Afandi Awang Hamat |
Date Deposited: | 19 Jul 2019 10:58 |
Last Modified: | 15 Sep 2019 02:29 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/73331 |
Actions (login required)
View Item |