IIUM Repository

Tamatnya riwayat Abu Jahal

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2019) Tamatnya riwayat Abu Jahal. Utusan Malaysia. p. 27.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (133kB) | Preview

Abstract

MEMALUKAN sekali nasib si Abu Jahal, dahulu di Mekah sombong mengutuk serta menindas Rasulullah, tetapi siapa tahu takdir ajalnya ‘diprogramkan’ Allah semenjak azali jatuh pada tangan dua remaja beriman dari kabilah Ansar. Dua pahlawan muda itu adalah Mu’adh ibn ‘Amru ibn al-Jamuh dan Mu’adh atau Mu’awwidh ibn ‘Afra’ (Sahih Bukhari dan Muslim) Kisahnya, ketika Abdul Rahman Ibn Awf r.a. bersiap siaga menanti sebelum tercetusnya perang Badar, beliau disapa dua harimau muda: “Wahai pak cik, adakah pak cik kenal Abu Jahal?” getus seorang daripada pemuda itu. Abdul Rahman menjawab: “Ya! Mengapakah kamu bertanya tentang perihalnya?” Dengan nada tegas remaja itu menjawab: “Kami dengar dia selalu mencaci Rasulullah, demi (Allah) yang jiwaku berada pada tangan-Nya, jika aku mendapatinya sudah pasti aku tidak akan melepaskannya sehinggalah dia mati terlebih dahulu daripada kami.” Abdul Rahman terpegun dan mendapati temannya juga berkata demikian.

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/72528
Uncontrolled Keywords: Abu Jahal, Perang Badar, peperangan dalam Islam
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 11 Jun 2019 15:47
Last Modified: 29 Sep 2019 18:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/72528

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year