IIUM Repository

Kedudukan ilmu sains dan teknologi dalam menentukan hukum ‘iddah dan kesannya terhadap Maqasid Syariah

Mazri, Nur Mardia and Amir Nur Rashid, Zubair and Megat Laksana, Nan Noorhidayu and Md. Sawari, Mohd. Fuad (2019) Kedudukan ilmu sains dan teknologi dalam menentukan hukum ‘iddah dan kesannya terhadap Maqasid Syariah. International Journal of Business, Economics and Law, 18 (6). pp. 70-80. E-ISSN 2289-1552

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (601kB) | Request a copy

Abstract

Islam memerintahkan perempuan yang diceraikan atau kematian suami ber'iddah dalam tempoh yang telah ditetapkan. Perintah ini disebut secara jelas di dalam Al-Quran dan telah disepakati oleh para ulama'. Antara hikmah yang terbesar ialah untuk menjaga maqasid shariah iaitu memelihara nasab keturunan manusia. Hal ini adalah kerana perempuan yang ber'iddah tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain dalam tempoh tersebut. Justeru, ini mengelakkan percampuran benih suami dan memastikan kesucian rahim wanita. Namun begitu, kemajuan ilmu sains dan teknologi hari ini telah membantu banyak penemuan baru dengan bantuan alatan canggih. Antaranya, kita dapat memeriksa kesucian rahim wanita dan mengetahui hasilnya secara tepat dan pantas. Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji sejauh mana penggunaan alatan teknologi moden ini dapat menggugurkan kewajipan 'iddah bagi kaum wanita dan bagaimana hubungkaitnya dengan maqasid shariah. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah penyelidikan perpustakaan yang dicedok daripada Al-Quran, hadith, kitab para ulama’ empat mazhab serta jurnal dan artikel ilmiah yang mempunyai perkaitan dengan masalah ini. Hal ini bertujuan untuk memahami konsep 'iddah serta hikmahnya sehingga masalah ini dapat ditafsirkan dalam konteks yang sebenar menurut perspektif maqasid shariah. Hasil kajian ini mendapati kewujudan alatan tersebut tidak dapat menggugurkan hukum dan kewajipan 'iddah bagi para isteri. Hal ini adalah kerana memastikan kesucian rahim wanita hanya salah satu daripada hikmah‘iddah sedangkan di sana ada maqasid yang lebih besar iaitu memperhambakan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala larangannya. Selain itu, di samping menjaga maslahah isteri, 'iddah turut disyariatkan untuk menjaga maslahah suami dan anak-anak.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 7315/71893
Uncontrolled Keywords: ‘Iddah, Teknologi, Wanita, Rahim, Maqasid Syariah.
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman > HQ503 The family. Marriage. Home
Q Science > Q Science (General) > Q128 Islam and Science
T Technology > T Technology (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Mohd. Fuad Md. Sawari
Date Deposited: 30 Apr 2019 15:23
Last Modified: 12 Jul 2019 10:18
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/71893

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year