IIUM Repository

Nilai-nilai murni daripada perspektif pelbagai agama dan masyarakat

Kamar, Badriyatun and Nazir, Faridah (2017) Nilai-nilai murni daripada perspektif pelbagai agama dan masyarakat. Sasbadi Sdn. Bhd., Petaling Jaya, Selangor. ISBN 9789835991349

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Buku Nilai-nilai Murni daripada Perspektif Pelbagai Agama dan Masyarakat ini memberikan penekanan kepada kaedah nilai-nilai murni yang terdapat dalam pelbagai agama boleh dihayati dan diamalkan untuk pembangunan masyarakat majmuk Malaysia. Kekuatan buku ini dipaparkan melalui perbincangan terperinci tentang konsep agama dan kepercayaan, nilai-nilai murni daripada perspektif pelbagai agama dan kepercayaan, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat Malaysia dan tiga elemen yang mencabar penghayatan amalan nilai murni. Buku ini mengandungi 4 bab, iaitu Pengenalan; Nilai-nilai Murni daripada perspektif pelbagai Agama dan Kepercayaan; Amalan Nilai-nilai Murni dalam Masyarakat Malaysia; dan Tiga (3) Elemen yang Mencabar Penghayatan Amalan Nilai Murni. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh mahasiswa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Swasta (IPTS); siswa guru Institut Pendidikan Guru (IPG); peserta Kursus Dalam Cuti (KDC); kumpulan pelajar Sekolah Agama Bukan Kerajaan (SABK) opsyen Bahasa Melayu; guru-guru sekolah rendah dan menengah; pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); dan negeri (JPN); serta semua warga pendidik. Selain itu, buku ini juga amat sesuai untuk pensyarah-pensyarah IPG, IPTA, dan IPTS yang mengajar kursus major serta elektif Pendidikan Moral sama ada pada peringkat diploma atau ijazah.

Item Type: Book
Additional Information: 8640/71438 - Book call number: BJ1188 B138N 2017
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1188 Religious ethics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 01 Apr 2019 17:14
Last Modified: 01 Apr 2019 17:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/71438

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year