Jamani, Nurjasmine Aida (2019) Kayap: Virus yang bangkit dari tidur! The Malaysian Medical Gazette. pp. 1-4.
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (792kB) | Request a copy |
Abstract
Pernahkah anda mendengar tentang penyakit kayap atau mengenali seseorang yang pernah menghidapi kayap? Sebilangan besar masyarakat pernah mendengar atau masih dimomokkan dengan mitos bahawa kayap yang bertemu boleh membawa maut! Apakah itu kayap? Kayap yang lebih dikenali dalam bahasa perubatan sebagai herpes zoster adalah disebabkan reaktivasi virus bernama Varicella Zoster yang dorman atau ‘tidur’. Virus ini adalah virus yang sama yang menyebabkan penyakit cacar air atau ‘chicken pox’. Apabila seseorang itu pernah dijangkiti cacar air, virus ini akan ‘tidur’ atau menjadi dorman di ganglia akar dorsal saraf. Ini bermakna jika anda pernah mengalami penyakit cacar air, besar kemungkinan anda mungkin boleh mendapat kayap jika sistem pertahanan tubuh anda lemah! Penyakit kayap ini lebih sering terjadi kepada orang yang mempunyai sistem pertahanan yang lemah dan juga golongan tua. Permulaan penyakit ini, seseorang akan berasa sakit pada anggota badan tertentu yang diikuti oleh ruam jenis gelembung air mengikut dermatom atau topografi saraf di kulit. Selalunya hanya satu dermatom yang terlibat. Pada kebiasaannya ruam kayap ini akan pulih sendiri (self-limiting).
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 5696/70974 |
Uncontrolled Keywords: | kayap, virus |
Subjects: | R Medicine > R Medicine (General) R Medicine > RB Pathology R Medicine > RC Internal medicine R Medicine > RL Dermatology |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011) Kulliyyah of Medicine |
Depositing User: | Dr Nurjasmine Aida Jamani |
Date Deposited: | 08 Mar 2019 15:52 |
Last Modified: | 08 Mar 2019 15:52 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/70974 |
Actions (login required)
View Item |