IIUM Repository

Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik

Said, Mohamed Mohamed Tolba and Abd. Rahim, Fazlena and Ujang, Norsidah (2018) Geometri dan peranannya dalam reka bentuk bandar Islamik. GEOGRAFIA : Malaysian Journal of Society and Space, 14 (2). pp. 82-96. E-ISSN 2680-2491

[img]
Preview
PDF
Download (877kB) | Preview

Abstract

Geometri merupakan elemen utama yang digunakan bagi membina imej reka bentuk bandar Islamik bernilai estetik. Namun begitu, aplikasi bentuk bebas sebagai dasar dalam menyusun atur elemen perbandaran kurang mengutamakan fungsi dan nilai estetik reka bentuk geometri. Kesannya, susun atur elemen reka bentuk bandar yang tidak teratur, fungsi penggunaan ruang yang tidak optimum kepada pengguna dan kurang nilai estetik. Artikel ini membincangkan konsep geometri sebagai prinsip reka bentuk bandar Islamik dan penerapannya dalam konteks reka bentuk perbandaran. Tujuan kajian ini adalah untuk mewujudkan reka bentuk ruang bandar yang mempunyai kualiti fungsi dan nilai estetik yang tinggi sebagai prinsip asas alam bina Islamik di Malaysia. Objektif kajian adalah mengenal pasti peranan dan fungsi geometri dalam reka bentuk bandar Islamik melalui kajian sejarah penciptaan matematik geometri dan corak geometri Islamik. Kajian ini menggunakan kaedah penerokaan (exploratory) ulasan literatur berkaitan sejarah tamadun alam bina Islam yang melibatkan konsep, peranan dan fungsi geometri disokong oleh pemerhatian dan pengalaman. Hasil penelitian menunjukkan kepentingan reka bentuk geometri dalam penghasilan reka bentuk bandar yang berfungsi dan bernilai estetik. Kajian ini menyumbang kepada pemahaman maksud, konsep dan tujuan aplikasi reka bentuk geometri yang perlu diterapkan di dalam membentuk imej dan identiti reka bandar berciri Islamik yang lebih menarik di Malaysia

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: bandar Islamik, geometri, identiti, imej, reka bentuk bandar, seni
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NA Architecture > NA2542.36 Sustainable architecture
N Fine Arts > NA Architecture > NA2695 Architectural drawing and design
N Fine Arts > Islamic art and architecture
N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament
N Fine Arts > NK Decorative arts Applied arts Decoration and ornament > NK1648 Religious art
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Kulliyyah of Education > Department of Curriculum & Instruction
International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Prof. Dr. Mohamed Mohamed Tolba Said
Date Deposited: 08 Jan 2019 22:23
Last Modified: 10 Jul 2019 14:44
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/69288

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year